29 Oktober 2011

Ajaib | Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Pembohongan

3 Komen
Assalamualaikum
 
Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan selepas mendapat tahu hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagiamana mengesan pembohongan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum saya paparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI.



Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.
 
Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.
 
 
 
 
 
Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran
Sekarang adalah masanya untuk saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman. Insya Allah(^_^)

Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican

Sumber dari : giler kentang

25 Oktober 2011

DOA MENGELAK ANAK DARIPADA MELAKUKAN ZINA/MAKSIAT

0 Komen



oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkan baginya,bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya. Riwayat Ahmad no 21185 , al-Tabarani no 7679, Al-baihaqiy dalm Syu’ab al-Iman no 5415 . kata al-Haithamiy perawi-perawinya adalah thiqat.

Jika anak itu perempuan, hendaklah ditukarkan Ganti nama hu (هُ ) menjadi ha (ها ) pada perkataan-perkataan ذَنْبَهُ , قَلْبَهُ dan فَرْجَهُ .

21 Oktober 2011

Penawar Kanser Dalam Al-Quran

1 Komen
Assalamualaikum ,para sahabat-sahabat blogger - blogger sekalian. Apa khabar Iman? sihat tak? kalau tak cucilah iman kita dengan banyakkan zikir dan istigfar... Rohaniah dan jasmani kita apa khabar? sihat? kalau tak pergilah jumpa yang pakar agar semuanya baik-baik saja. Oklah malas nak cakap banyak-banyak hari ini, sebab banyak kerja lagi kita belum selesaikan. Biasalah buzy kan...hehehehe.. Kita terus ke topik kita hari ini yang sememangnya terbukti dari dulu lagi.

Al-Quran bukan saja mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. tapi juga sebagai penawar segala penyakit dengan izin DariNya..InsyaAllah..

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82

Mungkin ramai diluar sana yang telah didiagnos telah menghadapi Kanser, satu penyakit yang menakutkan sesiapa saja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian. Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100, 000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu ' setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati '. Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin saya kongsikan melalui tulisan saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran , terutama dari surah Al-Fil.


Maksudnya;

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang di pimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah?) 1

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 2

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasu-pasukan ; 3

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari jenis tanah yang dibakar keras; 4

Lalu Dia menjadikan merekahancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. 5


Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takutkan Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap dengan izin Allah...

Cara pengamalan

Selepas solat lima waktu , bacalah surah Al-fatihah sekali, diikuti surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali, lalu teruskan membaca surah Al-fil 21 kali.

Setiap kali membaca surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali hembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpah, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selam 21 hari selepas solat lima waktu

Mohon maaf jika ada kesalahan dari diri ini. Semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk datangnya dari diri yang kerdil ini... Wassalam... Jangan lupa <KLIK SINI> 


20 Oktober 2011

SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH

2 Komen
Assalamualaikum
Apa khabar semua sahabat-sahabat, sihat tak hari ini? harap-harap semua sihat-sihat saja. Hari ini kita akan berkongsi dengan semua orang apa yang menyebabkan seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. artikal nie saya copy paste dari sahabat kita di 'facebook'. So, harap ianya bergunalah kepada kita semua ya..

Seperti yang kita ketahui Hidayah itu milik Allah S.W.T. Dia yang berhak untuk memberi hidayah kepada hambanya dan tidak ada seseorang pun yang berhak dan mempertikaikannya mahupun dia Malaikat... Allah S.W.T. mempunyai kuasa untuk memberi atau menarik hidayah daripada seseorang itu.
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1.  Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2.   Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3.  Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5.  Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6.  Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

7.  Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8.  Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9.  Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

10.  Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
Inilah sebahagian daripada sebab-sebab seseorang tiu mendapat hidayah Allah S.W.T.. Namun begitu ada banyak lagi sebab-sebabnya yang boleh kita ketahui, namun dek kerana ilmu dan pengetahuan Ana tak banyak dan terhad maka itu saja yang Ana dapat selitkan pada entry kali ini. Ana mohon maaf jikalau ada kekurangan dalam penulisan Ana, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu dari diri Ana sendiri.. Wassalam — with nur sin and nur ain.

19 Oktober 2011

Tahukah Anda Berapa Jumlah Sel Dalam Tubuh Anda ?

4 Komen
Tahukah Anda Berapa Jumlah Sel Dalam Tubuh Anda ?
Assalamualaikum, hai sahabat-sahabat ku yang ku kasihi semua... sejak kita dilahirkan, kita telah diselubungi bermacam-macam zarah-zarah dan sel-sel... iyakah?... betullah..kalau salah tolong betulkan...huhuhu.. kita nie bukannya tahu sangat pun... hehehe..(senyum sambil tersengeh-sengeh)... malaslah nak cakap banyak-banyak, jom kita 'direct to the point' kan senang...

Tahukah Anda, berapa jumlah sel-sel yang membentuk tubuh Anda.?Tahukah juga Anda jumlah bintang-bintang dalam galaksi-galaksi di jagat raya ?Menurut Anda, kira-kira mana yang lebih banyak ? Kalau kita melihat angka-angkanya, sungguh Maha Besar lah Sang Pencipta kita, Allah SWT. 
Pertanyaannya adalah :

yang mana mengandungi jumlah yang lebih banyak, jumlah sel-sel dalam tubuh manusia atau jumlah bintang-bintang dalam satu galaksi?

Pertama kita lihat manusia. Kita mulai dari zigot: sebuah sel telur perempuan

Dari situ, kita tumbuh menjadi manusia dewasa, yang dibangun oleh 75 triliun hingga 100 triliun sel ! Lebih menariknya, sel yang membentuk rangka dan organ-organ internal, sistem saraf dan kulit, pembuluh darah, dan otak, hanya berjumlah kira-kira 4 triliun.

Lalu, kemana selebihnya ? Lihat tubuh Anda,yang menjaga Anda untuk tetap hidup dan berfungsi. Tubuh Anda terbentuk dari 1 triliun sel-sel darah putih dari jenis yang bermacam-macam. Kira-kira 2 triliun trombosit, dan 30 triliun sel-sel darah merah ! Ini beerti tiap kali Anda menderma darah, dalam satu pam (0,6 liter) Anda telah kehilangan 4.000.000.000.000 sel !

Terdapat juga kira-kira 40 triliun sel-sel bakteria yang tinggal di tubuh Anda (kebanyakan di usus besar), membantu proses pencernaan. jadi bererti semuanya ada 75 triliun sel dalam tubuh Anda.

Kebanyakan bintang-bintang adalah yang Anda kira bukan bintang. Seperti halnya sel-sel darah merah dan bakteria pencernaan di tubuh Anda yang Anda anggap bukan sel-sel ketika memikirkan tubuh manusia. Tapi, saat kita menghitung semua bintang di satu galaksi, kita mendapatkan jumlah yang sangat besar: 400 milion! Jumlah itu memang tidak seberapa dibanding 75 triliun sel-sel dalam tubuh manusia. Tapi ingat, itu hanya hitungan untuk satu galaksi biasa. Bagaimana dengan galaksi terbesar di alam semesta ?

Di pusat salah satu cluster galaksi terbesar yang pernah ditemukan, Abel 2029, terletak sebuah galaksi berukuran 6 juta tahun cahaya, atau lebih dari 60 kali diameter galaksi kita Bima Sakti (yang hanya berjarak 100.000 tahun cahaya). Lalu berapa jumlah bintang-bintangnya ? Diperkirakan lebih dari 100 triliun ! Itulah galaksi terbesar di jagat raya pernah ditemukan yang diberi nama IC 1101: (galaksi yang mengatasi sel dalam badan manusia)

CARTA DOSA JASAD ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT

0 Komen
Assalamualaikum, hai sahabat-sahabat sekalian... Apa khabar semua? sihat tak hari ini?.. Ana harap semuanya sihat-sihatlah dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Ana disini cuma ingin berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua dan ini merupakan perinatan kepada kita semua termasuk diri ana ini.. Semoga dengan ini kita akan lebih bermuhasabah dan berdisiplin...
 
Ingatan buat diriku dan sahabat-sahabat yang selalu terlupa...

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka

6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang

FB Ustaz Solehi Aljerusi

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
 

18 Oktober 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

0 Komen
Assalamualaikum

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

>111<
By: Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia
 

Hadis Rasulullah S.A.W. Tentang Pembebasan Constantinople

0 Komen
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

15 Oktober 2011

Ya Allah, Beginikah Seksanya ?!

0 Komen
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur
1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.

Ampunilah kami Ya Allah...

Ini secebis kisah Ainul Mardiah,

0 Komen
Assalamualaikum, para bloger2 sekalian... Apa kabhar korang semua?.. harap sihat-sihat saja... Kali ini kita nak bawakan secebis cerita tentang Ainul Mardiah.. Kalau ada yang kurang harap korang dapat tambahkan, betulkan apa yang salah... 

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain bermaksud mata yang di redhai).

Suatu pagi (di dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia berasa malu untuk bertanyakan kepada nabi dan pada para sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar perperang.

Sebelum Zohor Rasulullah akan tidur sebentar, maka para sahabat pun turut tidur termasuklah pemuda tersebut juga turut tidur sebelum Zohor.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar ... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
…subhanallah.. marilah bersama2 niat untuk syahid... betapa mulianya apabila kita mati syahid... tetapkan dalam hati kamu ingin mati syahid demi memperjuangkan agama Islam... Wassalam

14 Oktober 2011

JILBAB, MERAWAT KESIHATAN DAN KECANTIKAN

0 Komen
Assalamualaikum
 
Salam Jumaat semua blogger, apa kabar?... harap-harap semuanya sihat-sihat saja... Jom kita terjah apa fungsi jilbab bagi seorang wanita...
Dalam Quran, Allah menyatakan,
"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang sudah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi berkenaan aurat perempuan, Janganlah mereka menghentakkan kaki bagi diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur, ayat 31]
"Wahai Rasulullah, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiananya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai bagi mereka dikenali, oleh itu mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun. lagi maha mengasihani." [Surah al-ahzab, ayat 59]

Ayat-ayat diatas menegaskan perintah berpakaian yang sesuai bagi wanita beriman. Reka bentuk pakaian wanita islam yang disarankan itu, dikenali sebagai jilbab. Selain menutup kepala dan dada, jilbab juga menutupi lekuk anatomi tubuh wanita.Tetapi berjilbab sambil mengenakan pakaian yang ketat didalam adalah seperti orang yang terkeliru. Daripada tinjauan kesihatan, pakaian yang ketat dapat mengakibatkan parathesia iaitu sensasi semut-semut, cucuk-cucuk, rasa panas atau terbakar akibat tekanan pada saraf dibawah kulit.
 
Didalam Canadian Medical Association Journal terdapat banyak laporan mengenai mangsa korban Parasthesia. Korban akibat mengenakan seluar yang terlalu ketat. Selain Parathesia, psakaian ketat juga menimbulkan masalah kesihatan kulit. Kelembapan yang timbul akibat pakaian yang ketat mengalakkan pembiakan bakteria. Beberapa jenis kain juga dapat menyebabkan iritasi dan mencetuskan alahan kepada si pemakai yang memakai terlalu ketat.

Sekiranya memakai pakaian yang disarankan kepada kaum muslimat, Kulit wanita yang halus berbanding lelaki. Lebih sempurna terlindung daripada kerosakan akibat sinar ultra ungu. Ahli-ahli dermatoloigi sepakat mengatakan bagi melindungi tekstur kulit dan mencengah kanser kulit itu mudah.

Hindarlah daripada sinaran matahari yang berlebihan. Tetapi bagaimana mahu hindarkan daripada sinaran matahari berlebihan sekiranya wanita masa kini menganuti aliran 'minimalis' dalam berpakaian?
 

13 Oktober 2011

7 Langkah Mencapai Matlamat

0 Komen
Assalamualaikum

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat / cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Insya-Allah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
     1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
     2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai    matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda harapkan...

...:::::BERSANGKA BAIK:::::...

0 Komen
 
 
Kita hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Seperti pesan dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani :

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

12 Oktober 2011

**APA ALASANMU KENAPA KAMU MALAS SEMBAHYANG**

0 Komen
Di Saat shalat lima waktu..ada munajat seorang hamba kepada Tuhannya... Dalam munajat itu terkandung muatan rohani yang bisa menerangkan hatinya..melapangkan jiwanya..memasukkannya kepada Allah tanpa terhalang pintu dan meletakkannya di hadapan Tuhan tanpa hijab..hingga hamba itu mampu berdialog dengan Tuhannya tanpa perantara...
ia meresapi perkataan Allah Azza Wa Jalla ..
“ Aku membagi sembahyang antara aku dan hambaKu menjadi dua bagian..Untuk hamba Ku apa yang meminta...
Jika hamba mengucapkan..
Alhamdulillahirabbal alamin..Allah berkata..Hamba Ku telah memuji Ku..

Jika hamba mengucapkan..
Ar Rahman ar rahim..Allah berkata..Hamba Ku telah memuliakan Ku...

Jika hamba mengucapkan..
Malikyaumiddin..Allah berkata,..Hambaku telah mengagungkan Ku...

Jika hamba mengucapkan..
Iyyakana’budu waiyyaka nasta’in..Allah berkata..Ini adalah antara Aku dan hamba Ku dan akan hamba Ku apa yang dia minta..

Jika hamba mengucapkan..
Ihdinaash shirathal mustaqim..shirathallaziina an'amtaalaihi ghairal maghdhub'alaihim waladh dhallin...Allah berkata..Ini untuk hamba Ku..dan untuk hamba Ku apa yang dia minta.”..

Riwayat Muslim
Terdapat dua golongan orang yang mengerjakan sembahyang yaitu..

orang yang menghadirkan hati dengan penuh perhatian kepada Allah dan golongan yang hatinya lalai dan lena dengan dunia...

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
“ Jika kamu sembahyang ..janganlah berpaling karena wajah-Nya tertuju pada wajah hamba Nya ketika sembahyang selagi dia tidak berpaling...”


orang yang berpaling dalam sembahyang dengan mata dan hatinya adalah seperti orang yang dipanggil oleh seorang raja..lalu didudukkan dihadapannya.. dan diajak berbicara..
jika orang tersebut menoleh dan berpaling ke kiri dan ke kanan...Hatinya juga berpaling dari sang raja..hingga dia tidak lagi mengetahui apa yang sedang diucapkan oleh sang raja...Kira kira apa yang akan dilakukan sang raja kepadanya..?..Bukankah paling tidak orang akan beranjak pergi dalam keadaan dimurkai dan jatuh derajatnya di hadapan sang raja..

dan Sembahyang juga bukan sekedar ucapan ucapan lisan dan mengerakkan anggota badan..tanpa ada perenungan akal dan kekhusyukan hati...

Ketika menghadap kiblat..orang yang sembahyang memalingkan wajahnya dari seluruh arah untuk mengarah ke rumah Allah semata..begitu juga dengan hati kita..

Ketika bertakbir..jangan sampai hati membohongi lisan..jika didalam hati ada sesuatu yang lebih dominan daripada Allah..berarti kita telah berbohong..

jika kita membaca istiazah..sadarilah bahwa kita sedang meminta perlindungan kepada Allah s.w.t...

Konsentrasikan didalam hati ketika membaca surah Al Fatihah...Rasakan kelembutannya ketika membaca ar rahman..ar rahim dan rasakan keagungan-Nya ketika membaca malikiyaumaddin...

Ketika rukuk..usahakan untuk bersikap tawaduk (rendah hati)..dan tambahkan tundukan ketika sujud...Ingatlah kebesaran Allah swt dan akuilah keagungan- Nya...Tanamkan rasa malu di hati karena kekurangan yang kita lakukan dalam shalat...
Perlu juga ada rasa bimbang sekiranya shalat kita tidak diterima atau bahkan dimurkai akibat dosa lahir ataupun batin kita..

Mudah mudahan hati akan menjadi bersih dari karat,..hingga dapat menerima cahaya untuk melihat keagungan Tuhan...

=========================
=========================


SEMBAHYANG LAH....

Mengapa kau malas sembahyang..
Tuhan memberimu jasad lengkap dengan bayang-bayang..
Bukan kah kau lebih beruntung daripada tiang..
yang hanya Berdiri tanpa roh malam siang..

Mengapa kau malas sembahyang..
Tuhan memberimu otak supaya kau tak bimbang..
Tuhan memberimu ilmu untuk berfikir susah dan senang..
Tuhan memberimu nikmat kenapa tak kau kenang..

Mengapa kau malas sembahyang..
apakah tak kau ingat umur ini tak panjang..
Pagi sehat..mungkin petang kau kejang kejang..
Nanti didalam kubur kau di azab seorang seorang…

Mengapa kau malas sembahyang..
Siksa neraka cobalah kau bayangkan..
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang..
Janji Allah akan terbayar dan tak ada yang bisa menghalang..

Ingatlah duhai rekan rekan dan handai taulan..
Sematkan kata-kata ini di hatimu duhai kawan..
Fikirkan sejenak orang orang tua berpesan..
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN...

11 Oktober 2011

~~ RENUNGAN KEHIDUPAN ~~

0 Komen
Assalamualaikum, wahai para sahabatku sekalian marilah kita renung-renungkan dan Insya Allah kita amalkan apa yang terkandung dalam entry kat bawah nie...

1. KEPALA KITA
Apakah ia sudah kita tundukkan, rukukkan dan sujudkan dengan segenap kepasrahan seorang hamba yang tiada daya di hadapan Allah Yang Maha Perkasa, atau ia tetap tengadah dengan segenap keangkuhan, kecongkakan dan kesombongan seorang manusia?

2. MATA KITA
Apakah ia sudah kita gunakan untuk menatap keindahan dan keagungan ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Kuasa, atau kita gunakan untuk melihat segala pemandangan dan
kemaksiatan yang dilarang?

3. TELINGA KITA
Apakah ia sudah kita gunakan untuk mendengarkan suara adzan,
bacaan Al Qur ’an, seruan kebaikan, atau kita gunakan
untuk mendengarkan suara-suara yang sia-sia tiada bermakna?

4. HIDUNG KITA
Apakah sudah kita gunakan untuk mencium sejadah yang terhampar di tempat sholat, mencium anak-anak tercinta serta mencium kepala anak-anak yatim piatu yang sangat kehilangan kedua orang tuanya dan sangat mendambakan cinta bunda dan ayahnya?

5. MULUT KITA
Apakah sudah kita gunakan untuk mengatakan kebenaran dan kebaikan, nasihat-nasihat bermanfaat serta kata-kata bermakna atau kita gunakan untuk mengatakan kata-kata tak berguna dan berbisa, mengeluarkan tahafaul lisan @ penyakit lisan seperti: berghibah, memfitnah, mengadu domba, berdusta bahkan menyakiti hati sesama?

6. TANGAN KITA
Apakah sudah kita gunakan untuk bersedekah kepada dhuafa, membantu sesama yang kena musibah, membantu sesama yang butuh bantuan, mencipta karya yang berguna bagi ummat atau kita gunakan untuk mencuri, korupsi, mendzalimi orang lain serta merampas hak-hak serta harta orang yang tak berdaya?

7. KAKI KITA
Apakah sudah kita gunakan untuk melangkah ke tempat ibadah, ke tempat menuntut ilmu bermanfaat, ke tempat-tempat pengajian yang kian mendekatkan perasaan kepada Allah Yang Maha Penyayang atau kita gunakan untuk melangkah ke tempat maksiat dan kejahatan?

8. DADA KITA
Apakah didalamnya tersimpan perasaan yang lapang, sabar, tawakal dan keikhlasan serta perasaan selalu bersyukur kepada Allah Yang Maha Bijaksana, atau di dalamnya tertanam ladang jiwa yang tumbuh subur daun-daun takabur, biji-biji bakhil, benih iri hati dan dengki serta pepohonan berbuah riya'?

9. PERUT KITA
Apakah didalamnya diisi oleh makanan halal dan makanan yang diperoleh dengan cara yang halal sehingga semua terasa nikmat dan barokah. Atau didalamnya diisi oleh makanan yang diperoleh dengan cara yang tidak halal, dengan segala ketamakan dan kerakusan kita?

10. DIRI KITA
Apakah kita sering tafakur, tadabur, dan selalu bersyukur atas karunia yang kita terima dari Allah Yang Maha Perkasa?.................
** RENUNGAN (BACA DAN RASAKAN)**

Cerita Agama Pasal Wanita♥

0 Komen
Assalamualaikum, wahai para wanita sekalian sesungguhnya dikau sangat unik ciptaan mu. Dikau diciptakan oleh Allah adalah untuk menemani Adam a.s. supaya Adam a.s. tidak sunyi dan keseorangan... So, para wanita kat luar san tu meh sini baca entry lanun yng tak seberapa nie...
sebgai seorg wanita jgn lupa mngadakn hbungn baik dgn seorg suami n mntaati mereka..taat pd prnth suami mrupkn amln yg sgt hrge bgy wanita...tpy kini kaum wanita trlalu lalai dlm prkare ini...

jgn kite lupa ...Rasulullah pernah brsabda;
"demi allah nyawaku dalam genggamanNya, seseorg wnita tdk boleh mnympurnakan hak allah selagi dia tdk mnyemprnakn hak suaminya"

renungknlh hadis di atas..betapa beasrnya tgunggjawab seorg wanita untok suaminya..tpy mnusia kini byk yg engkar prnth suami n mngadakn hubgn sulit dgn org lain...

jangan kite lupa juga..apabila seseorg wanita marah kpd suaminya dan tidur brasingn pd mlm itu mka para malaikat mngutuknya(melaknat?

yang pling pnting skali...ada 2 gologn solah yg tidk akn naik ke lngit mlepasi kpale mereka iaitu seorg hmbe yg mlrikn diri drpd tuannya n seorg wanita yg tidak taat kpd suaminya..
jadi sbgai seorg wnita prlu mnjage sgale hukum hakam yg trdpt dlm islam...krn di dlm slh stu hadis de mngatakn bahawa perempuan adalah pling byk yg trdpt dlm nerake....slh stu sbbnye ialah perempuan sering engkar prnth karibnye iaitu suaminye...kite juge tahu bhawe aurat wanita lebih susah djge brbnding dgn lelaki jadi korang kne la pndai2 mnjage nye...sbgai wanita wjib taat kpd suaminya ttapi suami tak prlu taat pd isterinya (krn suami wajib taat kepada ibunya dahulu).walaupun korang tahu bahwa wnita kurangg dlm bribdt krn mslh haid n nifas yg x da pd lelaki,de x korang fikir or liht sebaliknya?? Bnda yg mhal harganya akn djga n dbelai srta dsimpan di tmpt yg trsrok n selmat, itu sdah psti intan prmata tdk akn dbiar brsepah2 bukan? itulh bndingannya dgn seorg wanita. Sbagai Wanita harus igt sgale tngungjwab iaitu sbgai seorg wanita perlu taat kpd suami ttpi lelaki
wjib taat kpd ibunya 3 kali lbih utama dri
bpanya. Bkankh ibu adlh sorang wanita? wnita
mnerima psaka krng dri llaki ttapi hrta itu
mnjdi milik pribadinya n tdk prlu dsrahkn
kpd suaminya, mnkala llaki mnerima pusaka prlu
mnggunakn hrtanya utk mnyara isteri n anak2.
Wanita juge prlu brsusah payah mengandung dan melahirkan
ank, ttapi stiap saat itu wnita beruntung krn dia didoakan oleh sgala haiwan,malaikat n seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, n matinya wnita trsbut jka krn mlahirkn adlh syahid
kcil, manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

jadi sbgai serong wanita korang prlu bruntung krn pelbagia ganjaran yg disediakn oleh Allah trhdp wanita...jdi koranglah sharusnye mmnfaatknnye...jgn la sllu trlalai dgn prkare trsbut ats dasar kenikmatan dunie...dunia ni tdak mmpunyai mkne bgy org yg briman pd Allah...krn dunia ni smntare..n akhirt la tmpt kmbalinye kite...

wanita juge prlu igt ,Di akhirat kelak, sorang llaki akn
dprtanggungjwbkn trhdp
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, ank prmpuannya n saudra
prmpuannya.

Mnakla sorng wanita pula, tanggungjawab
trhadapnya ditanggung oleh 4 org llaki ini:
suaminya, ayhnya, ank llakinya n saudara
lelakinya.

Seorang wanita blh mmsuki pntu Syurga mlalui
mne2 pntu Syurga yg disukainya iaitu ckup ngn 4 syrat shj:
iaitu Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
suaminya dan mnjaga kehormatannya. (btulkn jika
sya trsilap).tgok tu betapa sngnye wanite jika ingin ke syurga...jdi korang hrus menitik beratkn sgale ini sblum trlmbt...

wanite perlu tahu bhwa Seorg lelaki perlu prgi brjihad fisabilillah ttapi wanita jika taat akan suaminya serta mnunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan trut mnrima
pahla sprti phala org prgi brprng fisabilillah
tnpa prlu mngangkat snjata.

jadi sy bersru la kpd smua wanita yg de di muka bumi Allah ni...jdilah seorg wanita yg solehah yg sntiase drhmati Allah...jgnla trjebak pd kerja2 yg tdk brfaedah....krn dunie ni ibarat perntau for exmple...sprti org asing dtg ke ngare kite cari2 duit slps itu htr ke kmpung halaman...slps itu org asing trsbut akn blik k kmpung halamn da mnebus duit2 yg dikumplnye dgn prkare2 yg trtntu...sbb itu juge Allah mghntr kite di dunie spaye kite mncari amal n apabile kite balik ke akhirat kite mnebusnye dgn gnjaran syurga....jdi hrgailah khidupn dunia yg smntare ni yew...krn rasulullah tlh brkate bahwa umatku akn hidup antara 60 hngge 70 thun shaj.....jdi guneknla mse yg de yew..
 Wallahulam... Sekian... Jangan lupa renung-renungkan dan selamat beramal...

Doa Dan Harapan

0 Komen
Lirihku semoga jadi Doa ...
Tangisanku semoga jadi sesal...
Nafasku semoga jadi tasbih...
Tatapanku semoga jadi rahmat...
Perkenankanlah Ya Rabb…

Harapanku semoga jadi kenyataan ...
Resahku semoga jadi jawaban ...
Deritaku semoga jadi kesabaran ...
Pelitaku semoga jadi impian ...Kabulkanlah Ya Rabb…

Doa di dalam sujud dan rukuk ...
Telah menghadirkan cahaya ...
Melaksanakan kepingan sisa harapan ...
Tuk meraih Ampunan-Mu … Ya Rabb ...

9 Oktober 2011

KENYATAAN HIDUP DI SEBALIK PERMAINAN INI.....

0 Komen
Assalamualaikum, jom kita telusuri apakah erti disebalik semua permaianan hidup kita ini....huhuhu..
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada
satu permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah
kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah,
tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya
tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.

Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan
lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai
dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan
dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai
dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara
yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"
tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka

akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik takala anak-anak itu k eluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

6 Oktober 2011

Erti Gerak Geri Dalam Solat

0 Komen
Assalamualaikum, solat merupakan satu tiang agama dan wajib bagi setiap individu yang dah baligh... Banyak rahsia solat sebenarnya yng kita tak tau. So, mari kita s2dy apakah rahsia solat yang sebernya... Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
 
1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya
memeliharakan taubat kita dari
dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika
mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya,
sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang
indah-indah di dalam kubur.
 
5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di
dalam kubur.
 
6 - I'tidal: Akan memberi
minuman air dari telaga al-kautsar
ketika didalam kubur.
 
7 - Sujud: Memagar kita ketika
menyeberangi titian SIRATUL-
MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan
menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir):
Menjadi kenderaan ketika kita
dipadang Mahsyar.
 
1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai
penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar &
Nankir di dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi:Sebagai
pendinding api neraka di dalam
kubur.
 
12 - Salam: Memelihara kita di
dalam kubur.
 
13 - Tertib: Akan pertemuan kita
dengan Allah S. W. T.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
 
Wassalam.
 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at