7 April 2012

Dakwah Melalui Couple? Bolehkah????

0 Komen
Dakwah Melalui Couple? Bolehkah????

Assalamualaikum w.b.t ustaz

Saya ingin tahu sejauh mana persahabatan antara lelaki dan perempuan. Bolehkah seseorang lelaki atau perempuan itu saling berhubung untuk bertukar pendapat, nasihat dan sebagainya?. Saya juga menghadapi satu situasi yang saya sendiri keliru boleh atau tidak di sisi agama untuk dilakukan.

Saya rasa terpanggil untuk mendengar masalah orang lain dan memberi pendapat. Saya cuba guna nasihat-nasihat agama. Alhamdulillah ramai juga yang sebelumnya jauh dari hidayah Allah cuba kembali mencari cahaya agama. Namun, saya masih dalam keraguan melakukannya kerana kadang-kadang rasa bersalah kerana kerap berhubung dengan lelaki. Saya rasa sebagai seorang wanita tidak sepatutnya berkelakuan begitu.

Terima kasih.Wassalam....

RESPON USTAZD

Assalamualaikum wrt wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Saudari, terima kasih kerana sudi bertanya. Dengan izin Allah saya akan berkongsi jawapan yang sudah lama saya simpan. Soalan ini amatlah baik. Semoga ia turut memberi kebaikan bersama kepada pembaca lain. Saya menyeru kepada remaja akan menghayati tulisan ini. Kerana ia sangat sinonim dengan dunia mereka. Khususnya kepada golongan agamawan yang suka berenta dan enti.

HATI-HATI DENGAN TIPU DAYA SYAITAN

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak pengikutnya supaya menjadi penduduk neraka.” Surah Fathir : Ayat 6.

Memang terlalu ramai orang yang ingin membuat dakwah dan kebaikan, tetapi mereka tersilap CARA dan tersilap JALAN. Bukan kerana mereka berhati jahat, tetapi kerana mereka dikelirukan oleh syaitan. Disebabkan kecetekan ilmu dan banyaknya campur tangan pihak luar.

Oleh itu, perkara asas yang perlu kita periksa dalam perhubungan ialah cara dan batasan syariat. Pastikan ia menepati syariat. Kerana kesilapan dalam percintaan akan menjadi racun paling ampuh untuk melemahkan semangat dakwah dan jihad.

HUKUM SMS BERLAINAN JANTINA

Setengah ulamak mutakhir mengatakan bahawa SMS boleh menjadi KHALWAT. Kerana mesej yang dihantar atau perbualan di dalamnya ibarat berbicara di dalam bilik sepi. Tiada orang yang tahu apa yang diperbualkan oleh teruna dan dara menerusi SMS. Maka, jika berbicara topik peribadi menerusi SMS maka ia boleh menjadi khalwat.

Disebabkan itu, islam amat membataskan perhubungan terutamanya dalam SMS atau chat box. Kerana terlalu mudah terjebak ke dalam perbualan peribadi. Dan membawa kepada zina hati. Oleh itu, islam amat melarang SMS yang tidak ada tujuan atau sekadar berbual. Kerana ianya membuka banyak fitnah kepada teruna dan dara.

Jadi, elakkan SMS kepada berlainan jantina. Kerana ia menimbulkan banyak tanda tanya dan pra sangka orang lain. Sekalipun yang kita SMS itu adalah nasihat dan pesanan agama. Bukan langsung tidak boleh...tetapi, seimbangkan antara nasihat dan keperluan. Jika nasihat itu dirasakan tidak begitu penting, maka tidak usahlah kita panjangkan.

DAKWAH TERBAIK 

Apakah cara dakwah terbaik? 

Dakwah yang terbaik apabila NIAT dan CARAnya betul.

Niat itu perlulah kerana ALLAH. Bukan untuk dikagumi atau dihormati. Bukan untuk disanjung atau supaya orang menggelarkan dirinya “Warak”. Tetapi semata-mata kerana mahukan pahala, demi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.

Cara yang betul untuk berdakwah bagaimana? 

Dakwah remaja lelaki untuk lelaki. Dakwah remaja wanita untuk wanita.

Bagi seorang REMAJA lelaki, fahami elok-elok. Ustaz sebut REMAJA lelaki. Biarlah remaja LELAKI BERDAKWAH SESAMA LELAKI terlebih dahulu. Bagi remaja wanita, sebagusnya dakwah remaja WANITA ITU SESAMA WANITA SAHAJA. Jika ada orang lelaki yang meminta pandangan dari wanita, sedangkan wanita itu bukan isterinya...maka beritahulah kepada lelaki itu "Adalah lebih baik saudara meminta pandangan dari ustaz yang lebih alim dan faqih. Kerana bertanya orang yang lebih senior dan alim itu adalah lebih baik. Malah jawapan dan ilmunya lebih kemas." 

CARA TERBAIK UNTUK BERTANYA

Malangnya, ramai golongan remaja lelaki buat-buat minta pandangan remaja wanita sedangkan dia tahu tahap keilmuan golongan REMAJA adalah biasa sahaja. Walaupun jawapannya itu kadang-kadang entah apa-apa. Begitu juga sebaliknya, masih ramai remaja wanita buat-buat bertanya remaja lelaki. Mereka tetap juga mahu bertanya berlainan jantina, sebab rasa syok! Ini silap! Sepatutnya teruna dan dara yang kenal beberapa orang ustaz yang lebih alim, perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Inilah cara yang betul untuk mencari ilmu.

Jika cara ini tidak dipatuhi. Maka, jadilah perhubungan itu kononnya berdakwah atau mencari ilmu...tetapi ALLAH lebih tahu apa yang ada di dalam HATINYA. Kesimpulannya. Seorang lelaki dibenarkan untuk bertanyakan ustazah yang memang diakui keilmuannya. Maka ini adalah baik bahkan dituntut. Begitu juga perempuan, dia dibolehkan merujuk kepada orang lelaki alim yang diakui keilmuannya. Maka ini juga dituntut. Malangnya, ramai yang merujuk kepada orang yang entah apa-apa ilmunya. Maka, jawapan yang diterima juga entah apa-apa.

DAKWAH PERLU LUAS DAN UNIVERSAL

Ramai orang buat alasan couple sebab nak berdakwah. Sedangkan apabila ada orang buat dosa depan mata pun dia tidak pernah tegur. Tiba-tiba ingin berdakwah dalam SMS dengan gadis pilihan sahaja. Bukankah ini ibarat orang munafiq? Nauzubillah. 

Contohnya, seorang anak dara...kata nak berdakwah. Tapi, berdakwah kepada seorang dua sahaja lelaki. Asyik-asyik berdakwah dalam SMS. Asyik berdakwah kepada lelaki itu sahaja. Sedangkan kawan-kawan perempuan lain dia tidak pernah SMS pun, tidak pernah bagi nasihat langsung. Malah, jika kawan perempuan sebilik buat dosa depan mata pun dia tidak kisah. Sebab dia fikir, berdakwah itu hanya kepada lelaki itu sahaja. INILAH KESILAPAN BESAR. INILAH JUGA TIPU DAYA IBLIS.

INGAT. Orang yang menjadi daie kepada Allah atau pendakwah, ciri pertama yang mesti ada pada dirinya ialah dia akan berdakwah kepada SEMUA ORANG. Terutamanya keluarganya, adik beradiknya, rakan sebiliknya dan rakan sejenis. Perempuan sesama perempuan dan lelaki sama lelaki. Agar dakwah itu lebih berkesan dan lebih suci. 

Malangnya, ramai yang cakap nak berdakwah dalam couple. Sedangkan orang paling dekat dengannya langsung tak pernah di dakwahnya. Dengan kekasih, cakap itu dan ini. Dakwah itu dan ini. Adik sendiri jadi hantu, dia tidak kisah. Ini semua orang-orang yang TERSASAR dalam berdakwah. Astghafirullah.

JADILAH MODERATOR

Kepada remaja. Ingat! Jika selepas ini ada sesiapa yang ingin bertanya soal cinta. Maka kita bertindaklah sebagai moderator. Iaitu kita membawanya kepada orang yang lebih tahu. Sebagai contoh, kalau ada rakan berlainan jantina tanya pasal cinta...maka beritahu dia “Masuklah laman web ustaz cinta. Atau sila rujuk forum iluvislam atau berbicaralah dengan ustaz sekain-sekian.” Itu maknanya kita menjadi moderator. Kita hanya perlu melayan soalan apabila soalan itu datang dari golongan sejenis sahaja. Maka, itu lebih baik.

Tetapi, apabila kita sudah menjadi dewasa dan matang. Kita sudah ada kelulusan dan ilmu yang mantap. Ketika itu, barulah sampai masanya kita menjadi tempat rujukan persoalan. Bila masa itu akan tiba? Iaitu selepas kita mendirikan rumah tangga. Ketika itu, kita sudah perlu menjadi tempat rujukan untuk anak-anak kita pula.

Insya Allah.

SEMOGA apa yang dikongsikan ini akan memberi kebaikan kepada semua, insyaALLAH :) 

"Petikan dari buku (Bagaimana Sepatutnya Remaja Memahami Percintaan) 



22 Februari 2012

Wanita Di Akhir Zaman [Dengarlah Wahai Wanita]

5 Komen


Di akhir zaman ini ada sekelompok kaum hawa yang dinamakan FEMINIS,yang tidak henti-hentinya berpromosi ‘MEMERDEKAKAN WANITA’ melaungkan bahawa susah menjadi Wanita untuk menjalankan syariat Islam..

Ini adalah antara yang mereka gambarkan terhadap diri muslimah sendiri;

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga(lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita harus meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah namun sebaliknya berlaku dizaman ini.
3. Wanita (apabila menjadi saksi) kurang,berbanding dengan laki-laki.
4. Wanita menerima warisan(harta peninggalan) lebih sedikit daripada laki-laki.
5. Wanita menghadapi kesusahan dalam mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya,sementara suaminya tidak perlu taat pun kepada isteri.
7. Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itulah sebahagian yang sering menjadi anggapan segelintir muslimah dalam kehidupan seharian. Tetapi pernahkah muslimah sekelian melihat di sebalik yang menjadi kenyataannya?

1) Benda yang mahal harganya pasti akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserakan begitu saja? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita ibarat permata yang tak terbanding nilai dan harganya di sisi Islam.

Rasulullah saw bersabda,

“Tidak seharusnya bagi lelaki yang beriman untuk meremehkan wanita yang beriman. Seandainya dia tidak menyukai satu perangainya,pasti ada dari semua perangainya yang membuat lelaki puas dan bahagia.”(HR Muslim)

2) Wanita perlu taat kepada suaminya,tetapi tahukah lelaki bahawa mereka wajib taat kepad ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya?

“Abu Hurairah r.a berkata bahawa seseorang telah datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah,siapakah orang yang berhak untuk menerima/mendapat ketaatanku(kebaktianku) yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda “Ibumu..” Kemudian dia bertanya “Lalu siapa lagi..?” Rasulullah SAW bersabda,”Kemudian ibumu..” Kemudian dia terus bertanya lagi “Lalu siapa lagi..?” Rasulullah SAW bersabda,”Kemudian Ibumu..” Dia terus bertanya lagi. “Lalu siapa lagi.?” Rasulullah SAW bersabda ,”Kemudian bapamu…”.(HR Bukhari Muslim).

3) Wanita menerima warisan(harta peninggalan) lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu akan menjadi milik peribadinya dan tidak perlu untuknya berkongsi atau diserahkan kepada suaminya. Sementara lelaki yang menerima warisan(harta peninggalan) dia perlu/wajib menggunakan harta itu untuk isteri dan anak-anaknya.

4) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah kamu wahai muslimahku, bahawa setiap saat wanita yang mengandung didoakan oleh semua makhluk,malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi ini? Dan ketahuilah muslimahku, jika dia mati ketika melahirkan anak, adalah syahid dan syurga telah menantinya..

5) Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu isterinya,ibunya,anak perempuannya dan saudara perempuannya. Bagi seorang wanita diakhirat kelak akan dipertanggungjawabkan oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya,bapanya,anak lelakinya dan saudara lelakinya..

6) Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya, cuma dengan 4 syarat saja iaitu; solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramahdan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya.

“Rasulullah SAW bersabda;”Bila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kesucian dirinya dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya,’silakan engkau masuk ke syurga dari pintu manapun yang engkau suka” (HR Ahmad dan Lainnya)

Tidakkah muslimah sekalian mengharapkan diri adalah termasuk orang-orang mukminah yang mendapatkan kebebasan masuk syurga dari pintu manapun..?

7) Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara pahala orang yang berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata pun..

Masya Allah..

Begitulah kedudukan wanita yang amat tinggi di sisi Allah SWT..

Yakinlah muslimahku.., kepada Rabb yang mencipta,yang menjadikan kita untuk memikul segala tanggungjawab samaada ia berat,ringan,susah dan senang..

Taqwa dan Tawakal kita semata-mata Hanya UntukNya yang Mengasihi kita iaitu Wanita Islam…

Subhanallah…

Allahuakbar..

5 Februari 2012

Di Akhir Zaman Ramai "Ulama Suk (Jahat)

2 Komen
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai "ulama suk (jahat)."



Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.



Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi



1. Cinta dunia

Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.



Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.



Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).



2. Ilmu yang tidak global

Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.

Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.



Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.



Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.



Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.



3. Sudah tidak mewarisi nabi

Rasulullah SAW ada bersabda:



Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."



Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.



Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.



4. Ulama sudah dimiliki

Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.



Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.



5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki

Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.



6. Kejumudan dan liberalisme

Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.



Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.



7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal

Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik

seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.

Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.



8. Bekerja untuk dapat duit

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.



Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.

Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:



Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."



Sabda Rasulullah SAW lagi:

Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."



Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.



Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawablah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawablah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...




Sumber  : Rakan Facebook

21 Januari 2012

Sirah Rasul : Rasululllah SAW Dan Buah Limau.

2 Komen

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita bukan Islam. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan:

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula, lalu wanita tersebut pulang dengan hati yang kecewa. 

Mengapa? 

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

18 Januari 2012

YAUMUL MIZAN

0 Komen
Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Beliau sampai hari kiamat.

Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akherat adalah sesuatu yang Allah letakkan pada hari Kiamat untuk menimbang amalan hamba-Nya. (Syarah Lum’atul I’tiqaad, Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, hal. 120)

Mizan di hari Kiamat adalah sesuatu yang hakiki dan benar-benar ada. Hanya Allah Ta’ala yang mengetahui seberapa besar ukurannya. Seandainya langit dan bumi diletakkan dalam daun timbangannya, niscaya mizan tersebut akan tetap lapang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يُوْضَعُ الْمِيْزَانُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَلَوْ وُزِنَ فِيْهِ السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ لَوَسِعَتْ، فَتَقُوْلُ الْمَلاَئِكَةُ: يَا رَبِّ! لِمَنْ يَزِنُ هَذَا؟ فَيَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: لِمَنْ شِئْتُ مِنْ خَلْقِيْ، فَتَقُوْلُ الْمَلاَئِكَةُ: سُبْحَانَكَ مَا عَبَدْنَاكَ حَقَّ عِبَادَتِكَ.

“Pada hari Kiamat, mizan akan ditegakkan. Andaikan ia digunakan untuk menimbang langit dan bumi, niscaya ia akan tetap lapang. Maka Malaikat pun berkata, “Wahai Rabb-ku, untuk siapa timbangan ini?” Allah berfirman: “Untuk siapa saja dari hamba-hamba-Ku.” Maka Malaikat berkata, “Maha suci Engkau, tidaklah kami dapat beribadah kepada-Mu dengan sebenar-benarnya.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan dinilai shohih oleh al-Albani dalam Silsilah As-Silsilah Ash-Shohihah, no. 941).

Kaum muslimin rahimakumullah, mizan ini sangat akurat dalam menimbang, tidak lebih dan tidak kurang sedikitpun. Allah Ta’ala berfirman:

وَنَضَعُ الْمَوَازِيْنَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِيْنَ (47)

“Dan Kami akan tegakkan timbangan yang adil pada hari Kiamat, sehingga tidak seorang pun yang dirugikan walaupun sedikit. Jika amalan itu hanya seberat biji sawipun, pasti Kami akan mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.” (QS. Al-Anbiya’: 47)

Mizan ini memiliki dua daun timbangan sebagaimana diceritakan dalam hadits tentang kartu (bithoqoh) yang akan kami sampaikan haditsnya nanti. Lalu, apakah yang ditimbang di hari Kiamat kelak? Para ulama kita berbeda pendapat tentang apa yang ditimbang di hari Kiamat. Ada tiga pendapat dalam masalah ini.

Pendapat Pertama, Yang Ditimbang Adalah Amal

Pendapat ini didukung oleh hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

“Ada dua kalimat yang ringan diucapkan oleh lisan, tetapi berat dalam timbangan (pada hari Kiamat), dan dicintai oleh ar-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih): Subhaanallohi wa bihamdihi dan Subhanallohil ‘Azhim.” (Hadits shohih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 6406, 6682, dan Muslim, 2694).

Pendapat ini yang dipilih oleh Ibnu Hajar al-Ashqolani rahimahullah. Beliau berpendapat bahwa yang ditimbang adalah amal, karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ شَيْءٍ فِي الْمِيْزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat ketika ditimbang (di hari Kiamat) daripada akhlak yang mulia.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad, no. 270 dan dinilai shohih oleh al-Albani dalam Shahiih al-Adab al-Mufrad, no. 204)

Kedua, Yang Ditimbang Adalah Orangnya

Ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa yang ditimbang adalah orangnya. Berat atau ringannya timbangan tergantung pada keimanannya, bukan berdasarkan ukuran tubuh, berat badannya, atau banyaknya daging yang ada di tubuh mereka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيْمُ السَّمِيْنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَزِنُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ

“Sesungguhnya pada hari Kiamat nanti ada seorang laki-laki yang besar dan gemuk, tetapi ketika ditimbang di sisi Allah, tidak sampai seberat sayap nyamuk.” Lalu Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda: ”Bacalah..

فَلاَ نُقِيْمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105)
“Dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari Kiamat.” (QS. Al-Kahfi: 105). (Hadits shohih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4729 dan Muslim, no. 2785)

‘Abdullah ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu adalah seorang sahabat betisnya kecil. Tatkala ia mengambil ranting pohon untuk siwak, tiba-tiba angin berhembus dengan sangat kencang dan menyingkap pakaiannya, sehingga terlihatlah kedua telapak kaki dan betisnya yang kecil. Para sahabat yang melihatnya pun tertawa. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: “Apa yang sedang kalian tertawakan?” Para sahabat menjawab, “Kedua betisnya yang kecil, wahai Nabiyullah.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيْزَانِ مِنْ أُحُدٍ

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kedua betisnya itu di mizan nanti lebih berat dari pada gunung uhud.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya, I/420-421 dan ath-Thabrani dalam al-Kabiir, IX/75. Hadits ini dinilai shohih oleh al-Albani dalam As-Silsilah Ash-Shohihah, no. 3192).

Pendapat Ketiga, Yang Ditimbang Adalah Lembaran Catatan Amal

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya): “Sungguh Allah akan membebaskan seseorang dari umatku di hadapan seluruh manusia pada hari Kiamat dimana ketika itu dibentangkan 99 gulungan catatan (dosa) miliknya. Setiap gulungan panjangnya sejauh mata memandang, kemudian Allah berfirman: ‘Apakah ada yang engkau ingkari dari semua catatan ini? Apakah para (Malaikat) pencatat amal telah menganiayamu?,’ Dia menjawab: ‘Tidak wahai Rabbku,’ Allah bertanya: ‘Apakah engkau memiliki udzur (alasan)?,’ Dia menjawab: ‘Tidak Wahai Rabbku.’ Allah berfirman: “Bahkan sesungguhnya engkau memiliki satu kebaikan di sisi-Ku dan sungguh pada hari ini engkau tidak akan dianiaya sedikitpun. Kemudian dikeluarkanlah sebuah kartu (bithoqoh) yang di dalamnya terdapat kalimat:

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq selain Allah, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

Lalu Allah berfirman: ‘Hadirkan timbanganmu.’ Dia berkata: ‘Wahai Rabbku, apalah artinya kartu ini dibandingkan seluruh gulungan (dosa) itu?,’ Allah berfirman: ‘Sungguh kamu tidak akan dianiaya.’ Kemudian diletakkanlah gulungan-gulungan tersebut pada satu daun timbangan dan kartu itu pada daun timbangan yang lain. Maka gulungan-gulungan (dosa) tersebut terangkat dan kartu (laa ilaaha illallah) lebih berat. Demikianlah tidak ada satu pun yang lebih berat dari sesuatu yang padanya terdapat Nama Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, no. 2639, Ibnu Majah, no. 4300, Al-Hakim, 1/6, 529, dan Ahmad, no. II/213. Hadits ini dinilai shohih oleh al-Albani dalam Silsilah Ahaadiits ash-Shahiihah, no. 135)

Pendapat terakhir inilah yang dipilih oleh al-Qurthubi. Beliau mengatakan, “Yang benar, mizan menimbang berat atau ringannya buku-buku yang berisikan catatan amal…” (At-Tadzkirah, hal. 313)

Kesimpulan

Tiga pendapat di atas tidak saling bertentangan satu sama lain. Sebagian orang ada yang ditimbang amalnya, sebagian yang lain ditimbang buku catatannya, dan sebagian yang lain ditimbang dirinya.

Syaikh Muhammad bin sholih al-’Utsaimin rahimahullah mengatakan bahwa secara umum yang ditimbang adalah amal perbuatannya, karena kebanyakan dalil-dalil menunjukkan bahwa yang ditimbang adalah amal perbuatan. Adapun timbangan buku catatan amal dan pelakunya, maka itu khusus untuk sebagian orang saja. (Syarah al-’Aqidah al-Wasithiyyah, hal. 390)

Apa yang disampaikan oleh syaikh ‘Utsaimin inilah yang nampaknya lebih menentramkan hati. Wallahu Ta’ala a’lam. Semoga sedikit sajian yang kami sampaikan ini bisa menjadi pendorong bagi kita untuk beramal sholih. Dan sekecil apapun amalan yang kita lakukan, tidak akan disia-siakan walaupun sebesar semut kecil. Dan di hari Kiamat kelak, setiap manusia pasti akan melihat setiap amal yang telah dia usahakan di dunia ini.

Kita memohon kepada Allah Ta’ala, semoga Allah Ta’ala menutup umur kita dengan kebaikan dan keselamatan. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Penulis: dr. Muhaimin Ashuri
Muroja’ah: Ustadz Aris Munandar, MA

28 Disember 2011

Hukum Bermain Gitar

1 Komen



Assalamualaikum dan salam muhibah kepada para pembaca-pembaca sekalian. Tajuk kali ini admin nak kongsikan bersama anda semua. Admin tahu ramai yang suka nak bermain gitar ataupun baru saja yang nak belajar bermain gitar. Betulkah ?

Sebenarnya admin ada buat carian sikit tentang hukum bermain gitar nie.So, admin adalah terjumpa dekat laman facebook Para Pencari Allah. Jom kita lihat apa hukumnya bermain gitar nie... 


Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak-ulamak tentang hukum bermain gitar ini. Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak. Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.


Macam mana penerangan di atas berguna tak kepada anda. Kalau nak di bincangkan dengan lebih panjang lebar, admin bukanlah orangnya kerana admin nie kurang dari segi agama nie. So, kalau berpeluang lagi korang cuba tanya dekat ustazd-ustazd korang mungkin mereka boleh menjawab soalan korang dengan lebih tepat lagi berbanding admin nie. .Sebenarnya banyak persoalan macam nie admin jumpa di laman-laman web. Ada yang kata main gitar nie haram dan ada juga kata main gitar nie harus selagi ianya tidak melibatkan unsur-unsur haram, melalaikan dan banyak lagi. Sama jugalah dengan penerangan di atas tu... 

Sekian saja ya, kalau ada kekurangan dan kesalahan semuanya datangnya dari diri admin sendiri dan kelebihan itu datangnya dari Allah S.W.T.. Jumpa lagi kita di lain entry...




13 Disember 2011

Sepenggal Kisah Janggut Nabi

0 Komen
Dalam perjanjian Baitur Ridhwan , Quraisy mengutus utusan Urwah bin Masud ats-Tsaqafi. Ketika Urwah tiba di hadapan Rasulullah, dia berkata,"Wahai Muhammad, bagaimana pendapatmu jika engkau memusnahkan kaummu(yakni jika Nabi Muhammad memerangi kaum Quraisy), pernahkah engkau mendengar kisah orang Arab sebelummu yang membinasakan kaumnya? jika tidak demikian (yakni jika Nabi tidak memeranginya dan Quraisy yang menang), Sesungguhnya Demi Allah aku tidak melihat mereka (para sahabatmu) berasal dari satu qabilah. Sungguh aku melihat kumpulan dari banyak qabilah yang bisa saja lari dan membiarkanmu."Mendengar ucapan ini Abu Bakar emosi dan berkata kepada Urwah,"apakah kami akan lari meninggalkannya seorang diri?"

Urwah menyangkah bahawa para sahabat kerana terdiri dari qabilah yang beragam, mereka tidak memiliki ikatan yang kuat, sehingga akan mudah lari dari medan pertempuran. Urwah tidak tahu, kalau ikatan aqidah jauh lebih kuat jika dibandingkan dengan ikatan kesukuan.

Urwah terus berusaha berbicara dengan Rasulullah dan setiap kali berbicara dengan Rasul, dia selalu memegang janggut Rasulullah sebagaimana kebiasaan kaum Quraisy ketika berbicara dengan pembesar mereka, sebagai ungkapan hormat atau cinta. Sementara Al-Mughirah bin Syu'bah yang berdiri di dekat Nabi dengan membawa pedang tidak suka melihat perbuatan ini. Oleh kerana itu, ia memukul Urwah dengan gagang pedang seraya mengherdik ,"lepaskan janggut Rasulullah !"

Pembaca yang budiman sungguh aneh orang yang mengaku Islam pada masa ini justeru lebih lantang ! mereka malah berani mengolok-olok  @ menghina janggut yang merupakan Sunnah Nabi ! Dimanakah kecintaan mereka pada sunnah ? Dimanakh kecintaan mereka pada Nabi ?.

Na'udzubillah... semoga kita termasuk orang yang mencintai Nabi dan para Sahabatnya dengan tetap istiqamah di atas As-sunnah.

Di sini Urwah mendapatkan pengajaran penting. Dia menyaksikan sendiri, bagaimana pengagungan, kecintaan dan ketaatan para sahabat pada Rasulullah yang luar biasa. Inilah yang diceritakan sekembalinya kepada kaum Quraisy, Ia mengatakan,"Wahai kaum Quraisy ! Demi Allah , aku pernah diutus ke banyak Raja. Aku pernah diutus ke Kaisar Kisra dan Najasyi, Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang penguasa pun yang diagungkan oleh para pengikutnya sebagaimana sahabat Muhammad mengagungkan Muhammad"

Sekian....

Muraji' : 
1. Shahih  Bukhary/al-Fath
2. Musnad Imam Ahmad


17 November 2011

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Di Akhirat Kelak

3 Komen
Assalamualaikum


Benarkah suami isteri akan kekal di Akhirat kelak?. Itu semua ketentuan Allah...

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

- Wanita seperti ini akan dikahwinkan oleh Allah Subahana Wata'ala di akhirat kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli Syurga.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wassallam bersabda " tiada si bujang di dalam Syurga" (Muslim) 

- Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

-  Wanita jenis ini juga akan di kahwinkan oleh Allah Subahana Wata'ala dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk Syurga.

- Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk Syurga sedangkan suaminya tidak masuk Syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan lelaki dari ahli syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

- Wanita ini akan berada bersama dengan suaminya di Syurga kelak sekiranya suaminya masuk Syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya..

- Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang di kahwini di dunia sekiranya suaminya masuk Syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

- Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli Syurga.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wassallam bersabda, " Wanita adalah kepunyaansuaminya yang terakhir"

20 Oktober 2011

SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH

2 Komen
Assalamualaikum
Apa khabar semua sahabat-sahabat, sihat tak hari ini? harap-harap semua sihat-sihat saja. Hari ini kita akan berkongsi dengan semua orang apa yang menyebabkan seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. artikal nie saya copy paste dari sahabat kita di 'facebook'. So, harap ianya bergunalah kepada kita semua ya..

Seperti yang kita ketahui Hidayah itu milik Allah S.W.T. Dia yang berhak untuk memberi hidayah kepada hambanya dan tidak ada seseorang pun yang berhak dan mempertikaikannya mahupun dia Malaikat... Allah S.W.T. mempunyai kuasa untuk memberi atau menarik hidayah daripada seseorang itu.
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1.  Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2.   Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3.  Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5.  Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6.  Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

7.  Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8.  Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9.  Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

10.  Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
Inilah sebahagian daripada sebab-sebab seseorang tiu mendapat hidayah Allah S.W.T.. Namun begitu ada banyak lagi sebab-sebabnya yang boleh kita ketahui, namun dek kerana ilmu dan pengetahuan Ana tak banyak dan terhad maka itu saja yang Ana dapat selitkan pada entry kali ini. Ana mohon maaf jikalau ada kekurangan dalam penulisan Ana, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu dari diri Ana sendiri.. Wassalam — with nur sin and nur ain.