21 Oktober 2011

SENYUM

Penawar Kanser Dalam Al-Quran

Assalamualaikum ,para sahabat-sahabat blogger - blogger sekalian. Apa khabar Iman? sihat tak? kalau tak cucilah iman kita dengan banyakkan zikir dan istigfar... Rohaniah dan jasmani kita apa khabar? sihat? kalau tak pergilah jumpa yang pakar agar semuanya baik-baik saja. Oklah malas nak cakap banyak-banyak hari ini, sebab banyak kerja lagi kita belum selesaikan. Biasalah buzy kan...hehehehe.. Kita terus ke topik kita hari ini yang sememangnya terbukti dari dulu lagi.

Al-Quran bukan saja mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. tapi juga sebagai penawar segala penyakit dengan izin DariNya..InsyaAllah..

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82

Mungkin ramai diluar sana yang telah didiagnos telah menghadapi Kanser, satu penyakit yang menakutkan sesiapa saja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian. Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100, 000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu ' setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati '. Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin saya kongsikan melalui tulisan saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran , terutama dari surah Al-Fil.


Maksudnya;

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang di pimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah?) 1

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 2

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasu-pasukan ; 3

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari jenis tanah yang dibakar keras; 4

Lalu Dia menjadikan merekahancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. 5


Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takutkan Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap dengan izin Allah...

Cara pengamalan

Selepas solat lima waktu , bacalah surah Al-fatihah sekali, diikuti surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali, lalu teruskan membaca surah Al-fil 21 kali.

Setiap kali membaca surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali hembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpah, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selam 21 hari selepas solat lima waktu

Mohon maaf jika ada kesalahan dari diri ini. Semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk datangnya dari diri yang kerdil ini... Wassalam... Jangan lupa <KLIK SINI> 


1 Komen:

  1. bacaan yang sangat baik..bermanfaat.terima kasih!

    BalasPadam