14 Oktober 2011

SENYUM

JILBAB, MERAWAT KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Assalamualaikum
 
Salam Jumaat semua blogger, apa kabar?... harap-harap semuanya sihat-sihat saja... Jom kita terjah apa fungsi jilbab bagi seorang wanita...
Dalam Quran, Allah menyatakan,
"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang sudah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi berkenaan aurat perempuan, Janganlah mereka menghentakkan kaki bagi diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur, ayat 31]
"Wahai Rasulullah, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiananya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai bagi mereka dikenali, oleh itu mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun. lagi maha mengasihani." [Surah al-ahzab, ayat 59]

Ayat-ayat diatas menegaskan perintah berpakaian yang sesuai bagi wanita beriman. Reka bentuk pakaian wanita islam yang disarankan itu, dikenali sebagai jilbab. Selain menutup kepala dan dada, jilbab juga menutupi lekuk anatomi tubuh wanita.Tetapi berjilbab sambil mengenakan pakaian yang ketat didalam adalah seperti orang yang terkeliru. Daripada tinjauan kesihatan, pakaian yang ketat dapat mengakibatkan parathesia iaitu sensasi semut-semut, cucuk-cucuk, rasa panas atau terbakar akibat tekanan pada saraf dibawah kulit.
 
Didalam Canadian Medical Association Journal terdapat banyak laporan mengenai mangsa korban Parasthesia. Korban akibat mengenakan seluar yang terlalu ketat. Selain Parathesia, psakaian ketat juga menimbulkan masalah kesihatan kulit. Kelembapan yang timbul akibat pakaian yang ketat mengalakkan pembiakan bakteria. Beberapa jenis kain juga dapat menyebabkan iritasi dan mencetuskan alahan kepada si pemakai yang memakai terlalu ketat.

Sekiranya memakai pakaian yang disarankan kepada kaum muslimat, Kulit wanita yang halus berbanding lelaki. Lebih sempurna terlindung daripada kerosakan akibat sinar ultra ungu. Ahli-ahli dermatoloigi sepakat mengatakan bagi melindungi tekstur kulit dan mencengah kanser kulit itu mudah.

Hindarlah daripada sinaran matahari yang berlebihan. Tetapi bagaimana mahu hindarkan daripada sinaran matahari berlebihan sekiranya wanita masa kini menganuti aliran 'minimalis' dalam berpakaian?
 

0 Komen:

Catat Ulasan