29 Julai 2011

YA RASULULLAH, AKU MERINDUIMU.........

0 Komen
 Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..

Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.
ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.
Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?

ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu..

Ya Rasulullah..
dikau sanggup mengikat perut berlapar..
kau sanggup dilempar batu sehingga capalmu
penuh dengan darah..
kau sanggup dilempar dengan najis..
semuanya kerana KAMI..
untuk kami merasa betapa indahnya menyintai
Allah dan Kekasih agungnya..
subhanallah..
indahnya budi pekertimu duhai
Rasul yang telah dijanjikan syurga.

sungutan 'Aisyah kepda Rasulullah,"Mengapa Rasulullah kau bersusah payah berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak dua belah kakinya sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang lalu dan yang akan datang?"Rasulullah dalam jawapannya berkata:
"Afalaa akuunu a'bdan syakura"
"tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ya Rasulullah,
betapa gembiranya dikau,
ketika Allah akan berselawat kembali kepada kami
andai kami berselawat pada Rasulullah..
bukannya dikau gembira kerana namamu disebut-sebut.
tapi kerana ganjaran yang besar buat ummatmu yang berselawat padamu.
Ya Rasulullah..
mulianya akhlakmu..
betapa dikau cintakan kami..

Ya Rasulullah..
aku begitu cemburu dengan sahabatmu,Abu Bakar As-Siddiq,
kerana beliau sering bersamamu kemana sahaja.
beliaulah yang membenarkan segala kata-katamu..
beliau juga rakan seperjuanganmu dikala
menyebarkan agama Allah di muka bumi ini..
aku ingin berada di tempatnya..
menjadi temanmu yang sejati..
aku ingin
melihat cahaya wajahmu setiap hari..
aku ingin
menatap senyuman manismu yang bisa mencairkan hati mereka yang
melihatnya..
Aku ingin
mendengar kata-kata indah daripada mulutmu,
agar bertambah keimanan ku pada Allah..
duhai Abu Bakar sahabat Rasulullah yang tercinta,
aku cemburu padamu..

tatkala tiba masa kewafatanmu duhai Rasulullah,
Para sahabat tidak dapat menerimanya.
sehinggakan tangisan mereka di rumah Saiditina Áisyah
didengari sehingga ke luar rumah.

Umar tak dapat menerima sehingga
berkata "sesiapa yang berkata Rasulullah sudah mati,akan kulibas dengan pedangku ini"

Abdullah bin Zaid tidak dapat menahan sebak sehingga
berdoa pada Allah;
"Ya Allah,ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat
sesiapapun selepas Rasulullah sallahua'laihi wassalam"
belum sempat beliau habiskan doa,Allah sudah menarik ni'mat penglihatannya.

begitu juga sahabat yang lain,sehinggakan ada yang berdoa
"Ya Allah,ambillah nyawaku ini dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad"
pada saat itu jualah Allah menarik nyawanya dan jatuh rebahlah ke bumi.

saidina Uthman pula terdiam membisu,tidak dapat berkata apa-apa kerana
fikirannya bercelaru dan bingung.

betapa tingginya cinta yang mereka letakkan
padamu ya Rasulullah setelah Allah..
aku malu..
siapalah Rasulullah di hati kita duhai ummat akhir zaman?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya,tidak beriman seseorang kamu
sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya
dan anaknya"
(hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

¸.•´✿◕ PERSEDIAAN RAMADHAN BHG.KEEMPAT~♥✿.¸¸.•.

0 Komen
♥ღ☆ღ♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲ...ِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ღ☆ღ ♥

Assalamualaikum... warahmatullahi wabarakatuh..Selawat serta salam kpd junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e serta mujahid mujahidah yg sentiasa mekar dari zaman berzaman dalam mendaulahkan kembali kalimah haq di atas muka bumi ini....♥
(¯`v´¯). PERSEDIAAN BHGIAN KEEMPAT.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(​¯`v´​¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•​.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

♥•Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah.."♥•

Segala pujian ke hadrat illahi kerana masih lagi mengurniakan nikmat rezekiNya yang tidak mampu dikira atau dihitung apatah lagi membalasnya, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad Ibn Abdullah yang telah lama meninggalkan kita tetapi hasil tarbiyahnya masih lagi kelihatan di dalam sebahagian umatnya, tidak lupa buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang menjadi generasi pewaris perjuangan yang mulia ini.

Bacalah dari mula dan sehingga akhirnya, janganla membaca langkah-langkah jika saudaraku nak memahami dan merasai apa yang hendak disampaikan, insya Allah , Allah permudahkan dan meniup roh Ramadhan dlm jiwa anda

Inila buah tangan ana yg terakhir untuk saudaraku bagi persediaan Ramadhan yang bermula dari minggu lalu, mempunyai empat episod agar kita dapat tanamkan semangat dan meletakan harapn untuk melakukan yang terbaik bagi melalui Ramadhan yang bakal mengunjungi kita tidak kurang seminggu sahaja lagi....ALLAHUROBBI
♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ PERSEDIAAN KEEMPAT♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن

ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.." (Al-Munaafiqun: 9).

Sesungguhnya Islam ialah agama yang tersusun dan teratur oleh itu hendaklah umat Islam mengatur kehidupan dan membuat perancangan ibadah di bulan puasa supaya tahu menyusun aktiviti hidup agar dapat dimanfaatkan waktu sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan.

الآخِرَةَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ

“Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat;” (Ali-Imran : 152).

Sebagai contohnya hendaklah seorang muslim itu mengatur waktu kerja, waktu rehat dan waktu aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa ibadah di bulan ramadhan.

Terutama bagi mereka yang bekerja pada waktu siang mungkin mereka boleh merancang bahawa sepanjang bulan ramadhan akan lebih banyak merehatkan diri di rumah setelah selesai kerja untuk mempersiapkan diri beribadah di waktu malam di bulan ramadhan dan bagimereka yang bekerja malam pula boleh merancang memperbanyakkan ibadah di waktu siang dengan menjadikan malam sebagai waktu bekerja dan petang waktu berehat.

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاء وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ

خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya..” (Surah Al-Baqarah : 269).

Wallahu a’lam

~Catatan ini buat saudara-saudaraku dan jua pada diri ini yg sentiasa khilaf padaNya,Akhir kata ana memohon Ampun kepada Allah..Robb yang Maha Penyayang dan Maha Pemberi Petunjuk~

Jika merasakan catatan ini baik, silala ambil untuk dijadikan renungan, jika tidak tinggalkan atau kritik dan tegurlah secara beriman, sesungguhnya yg baik itu hanya kepunyaan Allah, dan yang kurang serta buruk itu datang dari diri ana sendiri..

Kepada saudaraku di pages ini, sila sebarkan segala nota dan kelebihan yang telah kita perkatakan kepada sahabat2 yang lain smoga kita sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sebarkan moga ALLAH yg mebalas kebaikanmu..
♥*ღ☆**ღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღ☆ღ*♥*ღ☆ღ,¤¤*¨*ღ☆

(¯`v´¯)♥SALAM SYAABAN YG INDAH ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v​´¯).​`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•​.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

Pantun Bulan Puasa Ramadan

0 Komen

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…

Maafkan Aku

1 Komen



Maafkan Aku
Kiranya benar takdir cinta kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu sayang
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan
Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
aku cuma aku
aku bukan insan sempurna
Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku
Andai tiba saatnya
kamu temui pengantiku
akan ku titipkan doa
moga kamu bahagia disampingnya
Biodata Penulis:
Nama Pena: Nys Zairee
Email: rnees_zairee@yahoo.com

Pantun Jenaka

0 Komen


Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin

Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris

Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab

Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan
Berderak-derak sangkutan dacing
Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang

Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri

Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau

Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta

Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris

Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung

Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas

Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam

Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang

Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang

Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang

Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap

Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat
——————————————————————————————

Cinta Fitrah VS Cinta Fitnah

0 Komen


Apakah itu fitrah? Fitrah boleh diertikan sebagai sifat semula jadi pada setiap makhluk-Nya, yang inignkan kebaikan dan menghindari segala kemudaratan ketika dilahirkan di dunia. Fitrah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari diri sendiri, kepada masyarakat, kepada makhluk yang lain sehinggalah kepada hubungan manusia kepada Tuhan. Fitrah bagaikan sehelai kain putih. Kelahirannya dalam keadaan suci dan bersih. Fitrah manusia yang paling bersih apabila dia pertama kali dilahirkan, manakala fitrah manusia yang paling suci apabila dia mengenal hubungannya dengan Tuhan. Ia selari dengan kehendak Allah, menepati kewujudan sunnahtullah dan syariatullah. Perangkuman fitrah menuruti jalan kebenaran dan kemuliaan tuhan. Sebagaimana istilah cinta itu diciptakan. Kehendak cinta antara manusia sehingga cinta kepada Allah, adalah perkara yang wujud sebahagian daripada fitrah manusia. Manusia meraih kalimah cinta untuk melindungi, memelihara, melengkapi dan menyayangi sebagai keperluan untuk meneruskan kelangsungan dalam kehidupan. Namun, kewujudan cinta atas landasan fitrah hilang apabila ia datang kerana nafsu dan rakus menjadi syaitan. Ketika nafsu dan syaitan merajai segala tindakan manusia, tiada lagi pengertian fitrah dalam perbuatannya. Apabila kesesatan itu terjadi, manusia menjadi antara makhluk yang memiliki sifat tercela dan mengundang kemurkaan Azza wa Jalla. Pengembalian cinta kepada fitrah adalah salah satu jalan kebenaran. Kini, makin ramai manusia hilang pedoman dan menjauhi dari fitrah makhluk ciptaan Tuhan. Kesesatan yang semakin jauh dalam menilai erti cinta, semakin lama semakin hampir dengan bala Allah kepada para makhluk-Nya yang berakal, tetapi kufur dan durhaka kepada-Nya. Kepada para mukminin, carilah erti fitrah cinta yang teragung, cinta Allah s.w.t. Ia tidak berpenghujung, ia sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh-Nya. Ungkapkanlah kalimah cinta yang teragung sehingga ke akhir hayat ini, agar mencapai keindahan cinta yang abadi. Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

28 Julai 2011

Sifat-sifat Syurga Dalam As-Sunnah Ash-Shahiihah

1 Komen
NOTE BERSERI


(1) Orang yang Pertama Kali Masuk ke dalam Surga

Dari Anas bin Maalik radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam : “Aku akan mendatangi pintu surga di hari kiamat kelak, lalu aku minta agar dibukakan. Penjaga pintu bertanya : ‘Siapakah engkau ?’. Aku menjawab : ‘Aku adalah Muhammad’. Ia berkata : ‘Hanya denganmu aku diperintahkan (agar) aku tidak membukanya untuk siapapun sebelummu”. [Diriwayatkan oleh Muslim no. 188].

Dari Hudzaifah ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa aalihi sallam : “Semua anak Adam di bawah benderaku/panjiku kelak di hari kiamat. Dan aku adalah orang yang pertama kali dibukakan pintu surga”. [Shahiihul-Jaami’ no. 6995].


(2) Sifat Rombongan yang Pertama Kali Masuk Surga

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam : “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk surga dalam rupa seperti bulan purnama. Adapun rombongan setelah mereka dalam rupa bintang yang sangat terang di langit yang cerah. Tidaklah mereka buang air kecil, buang air besar, beringus, dan meludah. Sisir mereka terbuat dari emas, keringat mereka adalah misk (minyak wangi), mijmar (wadah minyak wangi) mereka adalah kayu gaharu India, istri-istri mereka adalah para bidadari, dan bentuk tubuh mereka semua sama, yaitu seperti bentuk tubuh ayah mereka Adam sepanjang enam puluh hasta menjulang ke langit”. [Muttafaqun ‘alaihi].


(3) Pintu-Pintu Surga

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang menginfakkan hartanya (budak, kuda, atau onta) di jalan Allah, niscaya ia akan dipanggil dari pintu-pintu surga : ‘Wahai hamba, ini adalah kebaikan.

Barangsiapa termasuk orang yang giat mengerjakan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat.

Barangsiapa termasuk orang yang berjihad, ia akan dipanggil dari pintu jihad.

Barangsiapa termasuk orang yang rajin berpuasa, ia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyaan.

Dan barangsiapa termasuk orang yang gemar bershadaqah, maka ia akan dipanggil dari pintu shadaqah”.

(Mendengar itu) Abu Bakr Ash-Shiddiiq radliyallaahu ‘anhu berkata : “Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah, sungguh tidak ada kesedihan sedikitpun bagi orang yang dipanggil oleh pintu-pintu tersebut. (Namun) apakah ada seorang yang dipanggil oleh semua pintu tersebut ?”.
Beliau menjawab : “Ya ada, dan aku berharap engkau salah seorang di antaranya”. [Muttafaqun ‘alaih].

**

Dari Sahl bin Sa’d ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam :

“Dalam surga ada delapan buah pintu. Di antara pintu tersebut ada yang dinamakan Ar-Rayyaan yang tidak akan dimasuki kecuali orang-orang yang berpuasa”. [Diriwayatkan oleh Al-Bukhariy].

***


Penduduk Surga dan Sifat-Sifatnya
..........................​.............

Dari Mu’aadz bin Jabal : Bahwasannya Nabi bersabda : “Akan masuk sekelompok orang ke dalam surga dalam keadaan rambut mereka pendek lagi jarang, seakan-akan mata mereka bercelak. Usia mereka tiga puluh atau tiga puluh tiga tahun”. [ Shahiihul-Jaami’ no. 7928].

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah “Akan masuk ke dalam surga satu kaum yang hati mereka seperti hati seekor burung”. [Yaitu dalam hal kelembutan, ketakutan, dan kehormatan. Shahiihul-Jaami’ no. 7924]

Dan dari Anas, dari Nabi, beliau bersabda : “Seorang mukmin akan diberi kemampuan sekian dan sekian, yaitu dalam hal jima’”. Dikatakan : “Wahai Rasulullah, apakah ia mampu melakukannya ?” Beliau bersabda : “Ia diberikan kemampuan semisal seratus orang lak-laki”. [ Shahiihul-Jaami’ no. 7962]

Dan dari Abu Hurairah , ia berkata : Telah bersabda Rasulullah : “Barangsiapa yang masuk surga, ia akan diberikan kenikmatan tanpa ada kesusahan, tidak menjadi usang/lusuh baju (yang dipakainya), dan tidak pula hilang kebugarannya”. [Diriwayatkan oleh Muslim].

***


Wanita Penduduk Surga
..........................​.

Dari Anas bin Maalik, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah “Berangkat pagi-pagi atau siang di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Dan sungguh, satu jarak busur kalian di surga atau tempat kait – yaitu di bagian tengahnya – lebih baik daripada dunia dan seisinya. Dan apabila wanita penduduk surga (bidadari) menampakkan diri kepada penduduk dunia, niscaya cahaya tubuhnya akan menerangi antara keduanya; serta bumi akan dipenuhi oleh keharuman baunya. Dan sungguh, penutup kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Diriwayatkan oleh Al-Bukhariy].

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar Bahwasannya Rasulullah bersabda “Sesungguhnya istri-istri penduduk surga mendendangkan untuk para suami mereka dengan suara yang sangat indah/merdu yang tidak pernah didengar seorangpun (di dunia). Di antara yang mereka dendangkan adalah :

‘Kami adalah para wanita yang cantik jelita,
istri orang-orang yang mulia,
Kami melihat dengan mata yang indah’

Dan juga diantara yang mereka dendangkan :
‘Kami adalah para wanita yang kekal dan tidak akan mati,
kami adalah wanita yang aman tanpa ada takut
Kami adalah para wanita yang menetap dan tidak akan pindah”. [Shahiihul-Jaami’ no. 1557].

***


Makanan dan Minuman Penduduk
..........................​..........

Dari Jaabir radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam : “Penduduk surga makan dan minum di dalamnya, tidak buang air besar, tidak beringus, dan tidak pula buang air kecil. Namun makanan mereka itu adalah sendawa yang baunya seperti percikan misk. Mereka diilhami untuk bertasbih sebagaimana mereka diilhami untuk bernapas”. [Diriwayatkan oleh Muslim].

Dan dari Mu’aawiyyah bin Haidah, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam : “Sesungguhnya di surga terdapat lautan air, lautan madu, lautan susu, dan lautan khamr; dan kemudian bercabang menjadi sungai-sungai”. [Shahiihul-Jaami’ no. 2118].

Dan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam : “Apakah kalian mengetahui apa itu Al-Kautsar ? Ia adalah sungai yang diberikan oleh Rabb-ku di surga. Padanya terdapat kebaikan yang sangat banyak. Umatku kelak akan mendatanginya di hari kiamat. Bejananya sebanyak bintang. Ada seorang hamba yang menjauh, lalu aku katakan : ‘Wahai Rabbku, sesungguhnya ia termasuk umatku’. Maka dikatakan : ‘Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan sepeninggalmu”. [Shahiihul-Jaami’ no. 6904].

***

Pemandangan dari Surga
..........................​..
a. Kamar-Kamarnya.
b. Kemah-Kemah, Taman-Taman, dan Debu-Debu Surga.
c. Pohon-Pohonnya
d. Pasarnya.
e. Istana-Istananya.
f. Sungai-Sungainya.


***Kami percaya & mengimani ya Rabb,, aamiin ... "__"

Bunga Sang Mujahid

0 Komen
Aku petik bunga yang indah ini,
Agar ia hiaskan taman sanubariku,
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku,
Cantiknya berseri dalam hari-hariku.

Saat aku melamar kamu dulu,
Senyum ayu kamu berikan,
Bergetar jiwa aku tika itu,
Membara rasa cinta ini.

Aku ingat lagi tika itu,
Setelah kamu halal aku miliki,
Tangis syukur yang kamu hadiahkan,
Sekali lagi kamu senyum kepadaku,
Bergetarlah jiwa aku melihatnya,
Bahagianya bukan kepalang.

Oh bungaku,
Kamu tersangatlah indah padaku,
Sentiasa kembang mekar,
Durimu tidak pernah melukakan aku,
Harummu menyenangkan perjuanganku.

Wahai bidadariku,
Api cinta yang kamu nyalakan ini,
Semarakkan lagi semangat dakwahku,
Sabarnya kamu menemaniku,
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu,
Pengorbananmu sayang, aku hargai.

Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan,
Aku lindungkan ia di sebalik purdah sutera,
Dengan taburan warna merah jambu,
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang,
Tidak mahu aku kongsikan itu,
Kerana ia begitu istimewa padaku.

Bunga sang mujahid ini,
Dihinggap rama-rama Iman sentiasa,
Madu solehahnya jelas terasa,
Embunnya mengalir seinfinitinya,
Cintanya ia pada yang Maha Esa,
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta.

Keikhlasan cinta kepada Allah,
Kamu buktikan dengan mentaati aku,
Sungguh bungaku yang indah,
Kamu hadiah Allah yang istimewa,
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka,
Dengan cinta itu sebagai ubatnya.

Cintamu wahai bidadariku,
Bisa menikam musuh-musuh di hadapanku,
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu,
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora,
Tenang aku memegang panji tiada resahnya,
Barisan hadapan akan aku mara,
Syahid bahagia pasti aku buru,
Kerana adanya kamu menemaniku.

Bunga sang mujahid ini,
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.


Gandaan Ganjaran Ramadhan

0 Komen
LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t :  

Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar.
Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. 

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.
Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Masya-ALLAH. Bayangkan kalau di luar Ramadhan setiap satu  kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi Ramadhan?  Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah dibaca pada luar bulan Ramadhan, setiap huruf diberi ganjaran sepuluh kebaikan. Jika di bulan ramadhan, hanya dengan surah al-Fatihah berganda-ganda ganjarannya.  Apatah lagi yang menghabiskan satu al-Quran. Begitu juga sedekah dan sebagainya.

Ganjaran Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.)

Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)
[Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5]

=====>>> sumber dari www.iluvislam.com 

[Design] Gandaan Ganjaran Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

0 Komen

Menjelang Ramadhan

0 Komen
Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum w.b.t....

Ramadhan kian hampir kepada kita, sudahkah kita persiapkan diri kita dari segala sudut... ahhhhhh, pasti ramai yang tak sabar2 menanti kehadirannya kan, rakan2 kat facebuk pun ramai yang wat even dua minggu sebelum posa lagi, fuhhhhh, semngat ramadhan betul dorang nie erkkkkk. Harap2 nnti bila puasa pertama tak da yang mengelu coz laparlah, hauslah dan banyak karena plak... tau2lah kan cuaca panas, jdi kurang2kan lah aktiviti kat luar 2 bla time posa nnt, tkot2 plak ada yang terpecah posa. tak nak lah cam 2 kan, rugi... Time posa nie lah kita kumpulkan @ 'angkut' segala amalan dan rahmat yang ada. Rugi klu kita tak ambil peluang nie, bukannya hari2 kita bleh dapat setaun sekali jak.... Yang nak memohon doa 2, mohonlah banyak2 kat bolan posa nie coz InsyaAllah doa kita akan diterima....  Sampai sini jer lah yer coz aku tak tau apa nak cakap lagi...... Wassalam....

Kerana Aku Sayang Kamu

0 Komen
Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

Kata-kata

0 Komen
Jadilah manusia yang baik (manfaat) !
Seseorang biasanya dirindukan dan dikenang
karena kebaikan & ketulusannya
Manusia dikenal bukan semata-mata fiziknya,
watak, maupun keperibadiannya
Tapi yg utama karena akhlak dan hatinya yg mempesona
dalam Alquran mengatakan,
"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu". [QS. 49:13]
Wassalam.

27 Julai 2011

KasihNya Terhadap Hambanya

0 Komen
Ketika SENYUMmu x berbalas, 
ALLAH tlh MENGHITUNG manisnya senyumanmu, 
Ketika SAPAANmu tx terjawab, 
ALLAH tak LUPA patah2 kata yg kau ucapkan, 
Ketika ajakanmu x dipenuhi, 
penatmu takkan tertinggal sentiasa dicatat Malaikat, 
Ketika kau MENANGISI perihnya perjuangan, 
ALLAH takkan prnh LALAI menghitung berapa titis airmatamu, 
Ketika mrk LARI meninggalkanmu, 
ALLAH takkan prnh LUPA menemanimu.. 
ALLAH itu Maha Pengasih.."

^___^ Salam Ramadhan Kareem..

0 Komen
‎"Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar.Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines.Hargai mereka, & anda akan mendapat berkat.."

Andainya

0 Komen
Andai malam gelap tak bercahaya...
Berikan aku Nur kasihMu...
Menjadi petunjuk dan guru di sepanjang perjalananku...
Agar ku tak tersesat mencari jalan yang benar...

Andai itu adalah ujian dari Mu..
Engkau berilah aku kekuatan...
Agar dapat ku hadapinya dengan tabah dan sabar...
Walaupun payah untuk ku teruskan...
Kerana aku tahu Kau sentiasa bersamaku, Ya Rabb...

Andai aku telah membuat Engkau murka...
Engkau ampunilah dosa Hambamu yang hina ini...
Berilah hambamu hidayah dan petunjuk Mu....
Agar ku bisa bertaubat dan memohon keampunan dariMu...


(¯`*•.¸♥Suara Malam

0 Komen
‎Teduh diantara hening malam.
Senyap diantara desiran angin.
Terhanyut diantara lantunan ayat.
Di setiap helaan nafas insan dunia.

Keheningan merajai diri.
Mencoba menenteramkan jiwa .
Dalam malam yang tak bersuara .
Dalam diam yang tak berkata.

Suara malam….
Menjadi saksi ibadah hamba.
Hembusan angin malam.
Menjadi sahabat dalam doa.
Menemani dalam tafakur dan sujud.

Detakan detik waktu.
Bergulir meninggalkan malam.
Dan terus berputar cepat.
Tanpa mengenal siapa hamba.

Melaju bagai kilatan petir.
Yang jatuh di persada alam.
Mencoba menyibak tirai nurani.
Untuk sekedar bermunajat.
Dalam heningnya Suara Malam.

Aku Mencintaimu Tanpa Syarat

0 Komen
Assalamualaikum w.b.t.....
Bismillahirrahmanirrahim......

Aku mencintaimu tanpa syarat...
Aku mencintaimu tanpa syarat...
Untukmu, yang tidak pernah menagih atau menghitung-hitung pemberian...
Untukmu, yang selalu memberi inspirasi, semangat dan dukungan...
Untukmu, yang begitu pandai melupakan kebaikanmu dan memaafkan kesalahanku...
Untukmu, yang juga mencintaiku tulus, tanpa syarat… 
Untuk semua sms dan taujih...
Untuk tamparan pertama ketika aku berbuat kesalahan...
Untuk pendengar yang baik...
Untuk doa yang tidak pernah terputus...
Untuk setiap semangat baru yang muncul ketika aku dengar lagu “laskar pelangi”...
Untuk kenangan termanis dan hadiah terindah dalam persahabatan...
Untuk kerelaan berkorban...
Untuk kesabaran dan ketulusannya...
Untuk senyuman, tawa, kenangan, air mata yang tak akan pernah sanggup aku beli...
Untuk kebaikannya yang tak pernah menyakitiku...
Sedangkan untuk kekecewaan, kemarahan, dan ketidaknyamanan karenaku...
Aku berjanji dan berusaha, itulah yang terakhir...
Aku belajar mencintaimu tanpa syarat...
Tidak dengan syarat engkau harus ada selalu bersamaku...
Tidak, sahabatku…karena aku tau...
Walau lautan luas terbentang...
Walau aku bukanlah orang yang engkau temui setiap hari...
Dan engkau juga bukan orang pertama yang selalu ada ketika aku jatuh...
Tapi aku tau… 
Jarak tak akan melemahkan cinta dan ukhuwah yang kuat antara kita...
Bahkan tidak juga dengan waktu...
Karenanya aku sedang belajar untuk tidak mensyaratkan engkau ‘berubah’...
Berubah, mengikuti perkembangan emosiku mengikuti perubahan fikroh, jasadiyah, dan ubuddiyahku Jika begitu, dan aku dulu memang begitu, maka aku lah si egois itu....
Maafkan sahabatmu yang dhoif ini, yang mengira pandai membolak-balikkan hati...
Padahal itu ialah hak prerogatif Sang Robbul Izzati...
Duhai sahabat..apa lagi yg bisa kuberi selain do'a semoga Allah memasukkan kita semua dalam SyurgaNya Tanpa Syarat semoga kita tergolong umatnya yang mendapat naungan di hari yang tiada naungan selain naungan-Nya mereka itulah orang-orang yang saling mencintai karena Allah SWT.. cinta mulia yang tanpa syarat...
Didedikasikan untuk semua sahabat, saudara seperjuangan...
Kalian ialah salah satu anugerah terindah Allah untukku...
Sungguh, aku mencintaimu tanpa syarat!...
Engkau seperti bintang, meski tak selalu terlihat akan tetapi ia selalu ada....
maaf share picturenya di ღ Madah Cinta ღ

Bila Waktu Telah Berakhir

0 Komen
♫ .♥.•* ★¨`*•♫.•´*.¸.•´♥ ♫
☀ ☀ ☀ ☀
♫ .♥.•* ☀¨`*•♫.•´*.¸☀.•´♥
┊ ┊┊ ┊☀┊ ┊ ┊┊ ☀ه
ه┊ ☀ ┊ ┊ ི♥ྀ
☀ ┊┊ ☀ه
ه┊ ☀


bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

♫ .♥.•* ★¨`*•♫.•´*.¸.•´♥ ♫

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

╔═══╗ ♪
║███║ ♫
║ (●) ♫
╚═══╝♪♪


♫ .♥.•* ★¨`*•♫.•´*.¸.•´♥ ♫

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya


♫ .♥.•* ★¨`*•♫.•´*.¸.•´♥ ♫


bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi



............(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
║lagu :opick...................♥║
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
........|__|__|
.......... || ||
....... ooO Ooo

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║

26 Julai 2011

Kata-kata

0 Komen
✿ WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~
~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung ✿

✿ ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~
~* Tapi orang yang baik tentu akan solat ✿

✿ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang✿
~Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa✿

SaatKu Jatuh Cinta !

0 Komen

Saat aku jatuh cinta, aku bisa menjadi pujangga

Kian indah karena syair hati dibalas dengan senyuman
Senyuman indah dari bidadari pagi yang selalu mengisi hati

Tok tok tok, detak jantung ku seperti mengetuk pintu hatinya
Aku rasa… aku memang sedang jatuh cinta
Seperti terbakar panah asmara,

Tapi… kapan, kapan aku mulai merasakan ini..
Tadi, kemaren, bukan bukan, bukan baru baru ini
Iyah… semenjak aku tau dia selalu tersenyum untuk ku
Semenjak aku tau dia selalu memperhatikan ku
Semenjak aku tau dia benar benar mengangapku berharga

Padahal…. Dulu tidak begini
Aku selalu mendiamkan setiap katanya
Aku selalu pura-pura tidak tahu keberadaanya
Tapi, itu dulu… udah lama sekitar februari yang lalu

Air mataku terjatuh
Apakah aku sedih? Apakah aku terluka?
Tidak tidak….
Ternyata cinta mampu mendefinisikan air mata tanpa luka

Dan pada akhirnya…
Dapat menyentuhku untuk melakukan hal yang sederhana,
Mengungkapkan cinta dengan kata
berikan senyuman untuk ku...

25 Julai 2011

TEKANAN PEMBUNUH SENYAP

0 Komen
Bismillahirrahmanirrahim.....

Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.

Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.

Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.

Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.

Kajian
Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah be~ kaitan keluarga atau peribadi, mening gal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.
Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, ke sannya paling rendah.
Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan sa ma di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agi ma, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.
Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology (PNI) pula menunjukkan tegangan dijadikan faktor asas, menu runkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mu dah dijangkiti penyakit termasuk kan" ser (kesan terakhir).
Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Ka nada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini. i

Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 - 90 peratus kes be ulang. Tetapi apabila mereka men ubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi tegangan, mengamal diet sihat, meditasi kesan pulihnya lebih baik dan kekal.
 
Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan ge bira, marah atau tegangan dapat diki wal, H pylori (sejenis bakteria) tid menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalar4 nya), apabila marah atau menghada tekanan, dinding perut berkilat, me seolah-olah terbakar dan asid hidrokld rik, komponen jus gastrik mencu keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keada tertekan. Ia mengganggu perut.

Tindak balas tubuh kepada tekanan
Mengikut Anthony Yeo dalam bukunya, Menangani Masalah Tekanan, hlbuh manusia memiliki satu pola tindak balas penyelamat hayat—bertindak dalam pelbagai keadaan tekanan. Tindak balas ini ditemui Selye. Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut:

  • Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem sar f automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
  • Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH ormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
  • Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah ping'&ng, ia membentuk satu tindakan lalu n empergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulhormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
  • Aliran darah—sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh imembawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
  • Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
  • Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk.
  • Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
  • Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
  • Pemafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
  • Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
  • Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjqas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
  • Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
  • Pendengaran menjadi tajam.
  • Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
  • Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."
Barah perut

Kajian (1990 -1991) mendapati, jangkitan H Pylori antara punca kanser perut selain kerap mengambil makanan berjeruk dan masin, kurang hadam nitrat (sejenis garam yang terhasil daripada tindakan kimia asid nitrik dan alkali), ataupun kurang mengambil Vitamin C atau E.

Ia terjadi kesan penekanan pembunuh semula jadi (sel N K) yang khusus menyerang sel berbahaya apabila ketahanan badan lemah. Kanser perut ini banyak menyerang masyarakat Jepun yang terkenal kerana ketekunan dan daya saing kerja yang tinggi.

Tegangan ini juga menjadi antara punca ulcerative colitis, penyakit radang usus yang kerap dialami mereka berusia 20 - 40. Antara gejala penyakitnya, cirit-birit dengan najis lembut bercampur lendir dan sedikit darah. Tabiat semula jadi yang terlalu bergantung kepada orang lain, taksub kepada sesuatu perkara seperti kebersihan dan kekemasan serta tidak berupaya bersantai dan berehat, boleh menjurus kepada penyakit ini.

Pengambilan antibiotik membantu melegakan tetapi ketegangan masih ada. Ia juga meninggalkan kesan pada tekanan darah, jantung, ginjal, otak, mata dan anggota lain jika diambil berlebihan.

Kesan kerap mengambil ubat atau dadah
Rawatan paling mudah apabila menghadapi penyakit ialah dengan mengambil ubat disyorkan doktor. Pil mengandungi dadah ini memang melegakan tetapi ada kesan pada tubuh. Tanpa kita sedari ia menjejaskan sel, tisu dan anggota dalam badan.

Misalnya, badan yang sering terdedah kepada tindak balas metabolik, merosakkan bahan genetik dalaman sel, deoxyribonucleic acid (DNA), juga terhasil daripada tindak balas kimia dalam makanan, sebatian oksigen dalam lemak (oxidised fats), pencemaran udara, air dan tanah, dadah dan semburan pengesan bahan galian. Radiasi seperti sinar kosmik, sinar-x atau sinar ultralembayung daripada matahari juga meninggalkan kesan.

Bagi mengelakkan'gangguan' ini, tubuh mengorbankan vitamin antioskida diperolehi daripada makanan ataupun memantap homeostatis dengan mekanisme tepat bagi memperbaiki kerosakan tisu. Yang penting kerosakan DNA dapat diperbaiki.

Tegangan berpunca tindakan kimia dalam jangka wakfu singkat dan tidak menyeluruh, sel cepat pulih dan tidak meninggalkan kesan pada tubuh. Dalam kebanyakan kes, bahan kimia ini sudah terkumpul bertahun-tahun hingga melumpuhkan fungsi sel.

Keadaan sama terjadi apabila gen yang mengawal pembiakan sel berganda (cellular multiplication) terjejas, kanser mungkin terbentuk. Jika gen pembiakan terjejas, anak dilahir mungkin cacat.

Diet
Diet mengundang tegangan tubuh apabila tinggi pengambilan gula dan karbohidrat terpilih. Bagi mengimbangi kandungan gula dan karbohidrat dalam darah, pankreas akan mengeluarkan insulin dengan banyak. Tegangan dan tuntutan insulin yang banyak ini menyebabkan tisu islet tidak membiak, mematangkan serangan diabetes mellitus.

Punca lain kencing manis, antaranya keturunan, usia, jantina dan kegemukan. Ia juga dialami wanita hamil.
Penyakit kardiovaskular
Baka dikatakan antara punca penyakit kardiovaskular. Penyelidikan menunjukkan, tekanan secara langsung atau tidak langsung membebankan keadaan sedia wujud. Antara penyakit kardiovaskular:
  • Thombosis koronari—pembentukan atau kewujudan darah beku pada saluran darah di dalam jantung.
  • Serangan jantung—tekanan berpanjangan mempercepat serangan, menyebabkan kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul dengan sendiri di dinding arteri secara berlebihan hingga menghalang arteri ini.
  • Ritma jantung tidak normal.
Saluran koronari jantung
Kesan merokok, diet yang kaya lemak tepu, pil (hormon) melega tegangan dan makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan perlambakan plak
pada intima, lapisan dalam saluran darah. Saluran ateri menjadi sempit, mengurangkan bekalan darah ke myocardium, yakni otot jantung. Saluran yang terjejas ini menyebabkan pesakit berasa sakit dada apabila tubuh bekerja keras seperti menaiki tangga atau ketika berlari jarak dekat. Kekurangan bekalan darah dan oksigen boleh merosakkan myocardium.

Pendarahan
Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan membawa kesan buruk apabila kita sakit atau menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa maut.

Katakan anda luka dan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, jiwa mungkin me, layang.

Apabila tubuh mengalami tegangan, badan menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa kita berbaring. Ini ra, watan semula jadi dan amat berkesan memulih tegangan jasmani.

Keadaan berkait dengan otot
Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan membentuk simpula. dan menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu serta sakit bahagian belakang badan. Simpulan ini boleh terjadi di kulit kepala (menimbul. kan pening kepala), rongga oral, tengkuk, bahu dan di bahagian belakang badan.

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam

0 Komen
Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum w.b.t....

Hai, sahabat-sahabatku semoga koramg semua sihat2 saja, kali nie aku nak bawa korang tentang cara2 menangani stress ataupun tekanan perasaan mengikut Islam. Pasti banyak yang mengalami stresskan, lebih2 lagi stress kat tempat kerja, di rumah dan banyak lagi. Kita nie memang tak boleh lari dari tekanan tak kiralah remaja ataupun dewasa.. lebih2 lagi mereka yang sudah bekerja sehingga terbawa-bawa masalah di tempat kerja ke rumah hingga anak-anak yang menjadi mangsa. Ermmmmmm, harap2lah yang nie tak terjadi yer coz tak baik pulak buat anak2 nanti anak2 pulak yang stress lalu lari dari rumah, tak mau jdi cam 2.~huhuhuhuhuhu~... so kalau korang nak hati sentiasa tenang korang kembalilah kepada Allah s.w.t.. InsyaAllah. Apapun yang dilakukan mestilah berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah Nabi disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..

Tip Mengurangkan Tekanan
So ada  beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja, korang bacalah yer moga iyanya jadi manfaat buat korang...aloha ! :-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati, buat meraka yang dalam keadaan marah pun disarankan mengambil wuduk kerana ianya berfungsi untuk meredakan kemarahan.. insyaAllah...
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Tuntasnya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Harap2 lepas nie tak delah yang stress lagi yopp... selamat membaca, renung-renungkan, selamat beramal... hehehe... salam ukhwah !




Nota Cinta

0 Komen
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16 Editor: fazly_90

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.
“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,”  Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.
“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,”  Balas Wardah,  agak teruji.
“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina.  Wa!”
“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”
“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”
Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!



Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.  
Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.
Telefon hafiz berdering.
Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah
“Hafiz?”
“Ya, saya,”
“Awak sayang saya?”
“Emm, kenapa awak tanya?”
“Saya tanya sebab nak awak jawab,”
“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”
“Awak cintakan saya?”
“Ya, saya cintakan awak,”
Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”
“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”
“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.
Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?
Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.
“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”
Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.
“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”
“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”
Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!
3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.
Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…


Subject:
Nota Cinta
From:
“Hafiz Haikal”
To:
wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang.  Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak.  Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?..  Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain.  Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua.  Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah.  Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak.  Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk.  Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat,  setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak.  Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya.  Saya tak pernah bercinta.  Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni.  Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan.  Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama.  Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana.  Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL


Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri…  Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz.  Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati.  Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya.  Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…
“Wa, bila nak menikah?  Ummi teringin nak bermenantu,”
Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.  Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,
“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”
Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada.  Hatinya masih berdebar-debar.  Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…
“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…”  Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.
Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…