29 Julai 2011

SENYUM

¸.•´✿◕ PERSEDIAAN RAMADHAN BHG.KEEMPAT~♥✿.¸¸.•.

♥ღ☆ღ♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲ...ِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ღ☆ღ ♥

Assalamualaikum... warahmatullahi wabarakatuh..Selawat serta salam kpd junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e serta mujahid mujahidah yg sentiasa mekar dari zaman berzaman dalam mendaulahkan kembali kalimah haq di atas muka bumi ini....♥
(¯`v´¯). PERSEDIAAN BHGIAN KEEMPAT.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(​¯`v´​¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•​.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

♥•Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah.."♥•

Segala pujian ke hadrat illahi kerana masih lagi mengurniakan nikmat rezekiNya yang tidak mampu dikira atau dihitung apatah lagi membalasnya, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad Ibn Abdullah yang telah lama meninggalkan kita tetapi hasil tarbiyahnya masih lagi kelihatan di dalam sebahagian umatnya, tidak lupa buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang menjadi generasi pewaris perjuangan yang mulia ini.

Bacalah dari mula dan sehingga akhirnya, janganla membaca langkah-langkah jika saudaraku nak memahami dan merasai apa yang hendak disampaikan, insya Allah , Allah permudahkan dan meniup roh Ramadhan dlm jiwa anda

Inila buah tangan ana yg terakhir untuk saudaraku bagi persediaan Ramadhan yang bermula dari minggu lalu, mempunyai empat episod agar kita dapat tanamkan semangat dan meletakan harapn untuk melakukan yang terbaik bagi melalui Ramadhan yang bakal mengunjungi kita tidak kurang seminggu sahaja lagi....ALLAHUROBBI
♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ PERSEDIAAN KEEMPAT♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن

ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.." (Al-Munaafiqun: 9).

Sesungguhnya Islam ialah agama yang tersusun dan teratur oleh itu hendaklah umat Islam mengatur kehidupan dan membuat perancangan ibadah di bulan puasa supaya tahu menyusun aktiviti hidup agar dapat dimanfaatkan waktu sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan.

الآخِرَةَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ

“Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat;” (Ali-Imran : 152).

Sebagai contohnya hendaklah seorang muslim itu mengatur waktu kerja, waktu rehat dan waktu aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa ibadah di bulan ramadhan.

Terutama bagi mereka yang bekerja pada waktu siang mungkin mereka boleh merancang bahawa sepanjang bulan ramadhan akan lebih banyak merehatkan diri di rumah setelah selesai kerja untuk mempersiapkan diri beribadah di waktu malam di bulan ramadhan dan bagimereka yang bekerja malam pula boleh merancang memperbanyakkan ibadah di waktu siang dengan menjadikan malam sebagai waktu bekerja dan petang waktu berehat.

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاء وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ

خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ

“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya..” (Surah Al-Baqarah : 269).

Wallahu a’lam

~Catatan ini buat saudara-saudaraku dan jua pada diri ini yg sentiasa khilaf padaNya,Akhir kata ana memohon Ampun kepada Allah..Robb yang Maha Penyayang dan Maha Pemberi Petunjuk~

Jika merasakan catatan ini baik, silala ambil untuk dijadikan renungan, jika tidak tinggalkan atau kritik dan tegurlah secara beriman, sesungguhnya yg baik itu hanya kepunyaan Allah, dan yang kurang serta buruk itu datang dari diri ana sendiri..

Kepada saudaraku di pages ini, sila sebarkan segala nota dan kelebihan yang telah kita perkatakan kepada sahabat2 yang lain smoga kita sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sebarkan moga ALLAH yg mebalas kebaikanmu..
♥*ღ☆**ღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღ☆ღ*♥*ღ☆ღ,¤¤*¨*ღ☆

(¯`v´¯)♥SALAM SYAABAN YG INDAH ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v​´¯).​`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•​.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

0 Komen:

Catat Ulasan