29 Julai 2011

SENYUM

YA RASULULLAH, AKU MERINDUIMU.........

 Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..

Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.
ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.
Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?

ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu..

Ya Rasulullah..
dikau sanggup mengikat perut berlapar..
kau sanggup dilempar batu sehingga capalmu
penuh dengan darah..
kau sanggup dilempar dengan najis..
semuanya kerana KAMI..
untuk kami merasa betapa indahnya menyintai
Allah dan Kekasih agungnya..
subhanallah..
indahnya budi pekertimu duhai
Rasul yang telah dijanjikan syurga.

sungutan 'Aisyah kepda Rasulullah,"Mengapa Rasulullah kau bersusah payah berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak dua belah kakinya sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang lalu dan yang akan datang?"Rasulullah dalam jawapannya berkata:
"Afalaa akuunu a'bdan syakura"
"tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ya Rasulullah,
betapa gembiranya dikau,
ketika Allah akan berselawat kembali kepada kami
andai kami berselawat pada Rasulullah..
bukannya dikau gembira kerana namamu disebut-sebut.
tapi kerana ganjaran yang besar buat ummatmu yang berselawat padamu.
Ya Rasulullah..
mulianya akhlakmu..
betapa dikau cintakan kami..

Ya Rasulullah..
aku begitu cemburu dengan sahabatmu,Abu Bakar As-Siddiq,
kerana beliau sering bersamamu kemana sahaja.
beliaulah yang membenarkan segala kata-katamu..
beliau juga rakan seperjuanganmu dikala
menyebarkan agama Allah di muka bumi ini..
aku ingin berada di tempatnya..
menjadi temanmu yang sejati..
aku ingin
melihat cahaya wajahmu setiap hari..
aku ingin
menatap senyuman manismu yang bisa mencairkan hati mereka yang
melihatnya..
Aku ingin
mendengar kata-kata indah daripada mulutmu,
agar bertambah keimanan ku pada Allah..
duhai Abu Bakar sahabat Rasulullah yang tercinta,
aku cemburu padamu..

tatkala tiba masa kewafatanmu duhai Rasulullah,
Para sahabat tidak dapat menerimanya.
sehinggakan tangisan mereka di rumah Saiditina Áisyah
didengari sehingga ke luar rumah.

Umar tak dapat menerima sehingga
berkata "sesiapa yang berkata Rasulullah sudah mati,akan kulibas dengan pedangku ini"

Abdullah bin Zaid tidak dapat menahan sebak sehingga
berdoa pada Allah;
"Ya Allah,ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat
sesiapapun selepas Rasulullah sallahua'laihi wassalam"
belum sempat beliau habiskan doa,Allah sudah menarik ni'mat penglihatannya.

begitu juga sahabat yang lain,sehinggakan ada yang berdoa
"Ya Allah,ambillah nyawaku ini dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad"
pada saat itu jualah Allah menarik nyawanya dan jatuh rebahlah ke bumi.

saidina Uthman pula terdiam membisu,tidak dapat berkata apa-apa kerana
fikirannya bercelaru dan bingung.

betapa tingginya cinta yang mereka letakkan
padamu ya Rasulullah setelah Allah..
aku malu..
siapalah Rasulullah di hati kita duhai ummat akhir zaman?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya,tidak beriman seseorang kamu
sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya
dan anaknya"
(hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

0 Komen:

Catat Ulasan