27 Julai 2012

Cara Menentukan Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir

0 Komen
Cara Menentukan Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir | Walaupun orang yang bermusafir diberi keizinan untuk berbuka berpuasa, namun ada juga yang mahu meneruskan puasa seperti biasa. Walaubagaimanapun timbul satu persoalan bagaimanakah kita hendak mengetahui waktu berbuka jika kita sampai ke satu destinasi yang berlainan waktu berbuka. Jom ikuti soal jawab di bawah ini.

Cara Menentukan Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir

Soalan : 

Ustaz, 

saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang

Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat? 

Jawapan : 

Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar). Seorang yang bermusafir sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud) : “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah : 187). 

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan Nabi sAW bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat :“Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Umar ra). 

Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya. 

Jika berpuasa menyukarkan bagi orang yang menuju ke Barat, kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.
Islam itu mudah. Sekiranya kita sedang bermusafir dan tidak larat untuk meneruskan ibadah puasa, kita memang dibenarkan untuk berbuka. Tetapi jika kita mahu berbuka puasa, adalah dilarang untuk makan di hadapan khalayak orang ramai yang sedang berpuasa.

Sumber: Melayukini.net dan Ustaz Nor Amin

Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan

0 Komen
Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan

Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan | Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.

Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.

Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.
Perkara ini perlu juga disegerakan kerana seseorang itu wajib menggantikan puasanya sebelum masuk bulan ramadhan pada tahun tersebut. Sebagai umat Islam juga, kita perlu tahu bahawa berpuasa di bulan ramadhan itu termasuk dalam rukun Islam dan ia wajib dilaksanakan bagi yang mampu.

Bagaimana Bulan Ramadhan Memberi Kesan Dalam Diri

0 Komen
Bagaimana Bulan Ramadhan Memberi Kesan Dalam Diri

Bagaimana Bulan Ramadhan Memberi Kesan Dalam Diri | Kita baru sahaja memasuki hari pertama bulan ramadhan bagi tahun 1433 hijrah. Namun adakah kita tahu apakahtujuan ibadah puasa ini disyariatkan? Tujuan ibadat puasa disyariatkan ialah untuk melahirkan mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT. Puasa juga merupakan ibadat yang telah difardukan oleh Allah kepada umat-umat terdahulu berdasarkan teknik yang sesuai dengan masyarakat pada masa itu. Puasa yang paling berkesan ialah puasa yang mengikut segala tatacara yang telah digariskan oleh para ulamak Islam. Antaranya:

1. Menahan diri dari makan dan minum di siang hari sepanjang bulan Ramadan.

2. Menjauhkan diri dari bercumbuan-cumbuan dengan isteri di siang hari pada bulan Ramadan.

3. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah.

4. Menjaga mulut dari mengumnpat, memaki hamun, mengata orang, menuduh yang bukan- bukan, bercakap perkara yang sia-sia.dan lain-lain.

5. Memperbanyakkan bacaan Al-Qur;an dan berzikir kepada Allah.

6. Menjaga telinga supaya tidak mendengar kata-kata umpatan, nista, tuduhan palsu, kata-kata yang meransangkan seks dan lain-lain.

7. Menjaga mata dari melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya dan dari menonton filem-filem yang tidak senonoh di dalam TV.

8. Menjaga tangan dari memegang sesuatu yang haram seperti memegang bahu perempuan, gambar lucah dan lain-lain.

9. Menjaga kaki supaya tidak bergerak ke tempat-tempat maksiat, kerana kaki akan disoal nanti tentang kerja yang dilakukannya sepanjang hidup di dunia.

10. Menjaga perut dari makanan yang berlebihan walaupun halal dan mengelakkan dari makanan yang haram dan dari pendapatan yang tidak bersih.

11. Menjaga alat kelamin supaya tidak menggunakannya kepada sesuatu yang diharamkan oleh syariat seperti melakukan onani dan lain-lain kecuali kepada isteri sahaja pada malam hari bulan Ramadan.

12. Membulatkan hati hanya kepada Allah dan hanya mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Inilah di antara cara yang paling berkesan untuk menjadikan puasa yang sedang kita lakukan itu berkesan dan diterima Allah. Dengan lain perkataan puasa yang berkesan itu ialah puasa yang bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja, sebaliknya memerlukan kepada pengiltizaman terhadap syarat-syarat, adab-adab dan rukun-rukun yang telah digariskan oleh syariat Islam sepenuhnya.
Ketika bulan ramadhan menjelang tiba, ketika inilah semua syaitan diikat selama sebulan. Jika dalam bulan ini kehidupan kita tiada perbezaan di antara bulan-bulan yang lain, maka itu adalah bahaya buat kita. Bayangkan bulan yang lain kita melakukan maksiat kerana digoda syaitan, iman tidak kuat dan sebagainya. Namun apabila masuk dalam bulan ramadhan, syaitan diikat pun, kita tetap melakukan maksiat. Jadi tiada beza di antara kita dengan mereka yang sering melanggar perintah Allah SWT.

Sumber: Darul Numan dan Melayukini.net