27 Julai 2012

SENYUM

Bagaimana Bulan Ramadhan Memberi Kesan Dalam Diri

Bagaimana Bulan Ramadhan Memberi Kesan Dalam Diri

Bagaimana Bulan Ramadhan Memberi Kesan Dalam Diri | Kita baru sahaja memasuki hari pertama bulan ramadhan bagi tahun 1433 hijrah. Namun adakah kita tahu apakahtujuan ibadah puasa ini disyariatkan? Tujuan ibadat puasa disyariatkan ialah untuk melahirkan mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT. Puasa juga merupakan ibadat yang telah difardukan oleh Allah kepada umat-umat terdahulu berdasarkan teknik yang sesuai dengan masyarakat pada masa itu. Puasa yang paling berkesan ialah puasa yang mengikut segala tatacara yang telah digariskan oleh para ulamak Islam. Antaranya:

1. Menahan diri dari makan dan minum di siang hari sepanjang bulan Ramadan.

2. Menjauhkan diri dari bercumbuan-cumbuan dengan isteri di siang hari pada bulan Ramadan.

3. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah.

4. Menjaga mulut dari mengumnpat, memaki hamun, mengata orang, menuduh yang bukan- bukan, bercakap perkara yang sia-sia.dan lain-lain.

5. Memperbanyakkan bacaan Al-Qur;an dan berzikir kepada Allah.

6. Menjaga telinga supaya tidak mendengar kata-kata umpatan, nista, tuduhan palsu, kata-kata yang meransangkan seks dan lain-lain.

7. Menjaga mata dari melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya dan dari menonton filem-filem yang tidak senonoh di dalam TV.

8. Menjaga tangan dari memegang sesuatu yang haram seperti memegang bahu perempuan, gambar lucah dan lain-lain.

9. Menjaga kaki supaya tidak bergerak ke tempat-tempat maksiat, kerana kaki akan disoal nanti tentang kerja yang dilakukannya sepanjang hidup di dunia.

10. Menjaga perut dari makanan yang berlebihan walaupun halal dan mengelakkan dari makanan yang haram dan dari pendapatan yang tidak bersih.

11. Menjaga alat kelamin supaya tidak menggunakannya kepada sesuatu yang diharamkan oleh syariat seperti melakukan onani dan lain-lain kecuali kepada isteri sahaja pada malam hari bulan Ramadan.

12. Membulatkan hati hanya kepada Allah dan hanya mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Inilah di antara cara yang paling berkesan untuk menjadikan puasa yang sedang kita lakukan itu berkesan dan diterima Allah. Dengan lain perkataan puasa yang berkesan itu ialah puasa yang bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja, sebaliknya memerlukan kepada pengiltizaman terhadap syarat-syarat, adab-adab dan rukun-rukun yang telah digariskan oleh syariat Islam sepenuhnya.
Ketika bulan ramadhan menjelang tiba, ketika inilah semua syaitan diikat selama sebulan. Jika dalam bulan ini kehidupan kita tiada perbezaan di antara bulan-bulan yang lain, maka itu adalah bahaya buat kita. Bayangkan bulan yang lain kita melakukan maksiat kerana digoda syaitan, iman tidak kuat dan sebagainya. Namun apabila masuk dalam bulan ramadhan, syaitan diikat pun, kita tetap melakukan maksiat. Jadi tiada beza di antara kita dengan mereka yang sering melanggar perintah Allah SWT.

Sumber: Darul Numan dan Melayukini.net 

0 Komen:

Catat Ulasan