27 Julai 2012

SENYUM

Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan

Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan

Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan | Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.

Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.

Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.
Perkara ini perlu juga disegerakan kerana seseorang itu wajib menggantikan puasanya sebelum masuk bulan ramadhan pada tahun tersebut. Sebagai umat Islam juga, kita perlu tahu bahawa berpuasa di bulan ramadhan itu termasuk dalam rukun Islam dan ia wajib dilaksanakan bagi yang mampu.

0 Komen:

Catat Ulasan