13 Januari 2012

SENYUM

Fakta Kemukjizatan Lebah Dan Madu Dalam Al-Quran Bahagian 1

Assalamualaikum...


Segala sesuatu yang diciptakan Allah SWT pasti tak ada yang sia-sia. Di antara ciptaan Sang Khalid yang istimewa adalah lebah. Serangga yang satu ini menduduki kedudukan penting berbanding serangga lain. Tak hairan jika lebah dijadikan salah satu nama surah dalam Al-Quran.

Surat ke-16 dalam Al-Quran adalah An-Nahl yang bererti lebah. Secara khusus, surat Makkiyah tersebut dinamakan An-Nahl atau lebah, kerana pada ayat ke-68 terdapat firman Allah SWT yang berbunyi,''Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia.''

Lebah memang istimewa. Ia merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Dalam penjelasan surah An-Nahl yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Terjemahannya disebutkan bahawa ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Alquranul Karim.

Apa persamaannya? Semak ayat berikut:''... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.''(QS An-Nahl: 69).

Madu berasal dari sari bunga dan menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia. Sedangkan Al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kemukjizatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Dalam Tafsir Al-Quran, Sayyid Quthb mendedahkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang harus diyakini umat manusia.

Sedangkan dalam Tafsir Al-Quran Ibnu Katsir diterangkan bahawa madu lebah itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, mahupun merah. Selain itu, menurut Ibnu Katsir, madu sesuai untuk setiap orang, misalnya, untuk mengubati sejuk, kerana madu itu panas.

Di dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau cirit birit. Lem atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.

Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah dikaji oleh saintis Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung pada abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang melihat mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan.

Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.


1 Komen:

  1. Assalam, saya mohon keizinan copy paste artikel ini. Tq

    BalasPadam