Assalamualaikum...
Ibnu Sina juga telah meneliti khasiat madu untuk rawatan kecantikan tubuh. Menurut Ibnu Sina, madu dan minyak zaitun mampu menjadi ubat mujarab yang digunakan sebagai kosmetik yang mempunyai pelbagai khasiat.
Madu dan minyak zaitun, papar Ibnu Sina, boleh mengencangkan kulit muka dan seluruh kulit badan. Kedua-dua bahan semulajadi yang mendapat perhatian khusus dalam Al-Quran itu mampu menghilangkan flek-flek hitam dan kulat kulit. Selain itu, madu dan minyak zaitun juga boleh menghaluskan kulit dan mengurangkan rautan pada wajah.
Yang tak kalah menariknya, Ibnu Sina pun telah mencari fakta bahawa minyak zaitun dan madu mampu menghilangkan bau badan yang tak sedap, serta boleh memberikan vitamin pada kulit dan melembabkannya. Selain untuk kosmetik, madu juga boleh digunakan untuk beragam kegunaan lain. Mulai dari makanan, ubat-ubatan sehingga bahan untuk alat-alat kecantikan.
Sejatinya, manfaat madu telah dirasakan peradaban manusia sejak dahulu kala. Orang Mesir Kuno telah mengambilnya. Penduduk Mesir Kuno sudah terbiasa menggunakan madu sebagai makanan berkhasiat tinggi serta ubat pelbagai macam penyakit yang mujarab. Meskipun begitu, peradaban kuno belum mampu menjelaskannya secara ilmiah.
Adalah Ibnu Sina seorang doktor legenda sepanjang masa yang telah berjaya membuktikan kebenaran khasiat madu tersebut, dalam usia tua. Konon, Ibnu Sina masih tetap kelihatan sihat dan segar bugar layaknya seorang pemuda, kerana terbiasa mengambil madu.
Hasil kajian terkini yang dikeluarkan dari Universiti Moscow, menyatakan madu ternyata juga mengandungi logam aluminium, boron, krom, tembaga, timbal, titanium, zink, asid organik, asetilkolin, hormon, antibiotik, bahan antiracun serta zat anti-kanser.
Zat-zat ini sangat penting untuk melancarkan proses biokimia tubuh dan proses penyembuhan bermacam penyakit. Sementara kandungan enzim dalam madu dilaporkan paling tinggi jika dibandingkan dengan makanan lain.
Kajian ini juga menyebutkan madu diyakini dapat menyembuhkan ulser perut (gastrik), radang usus, serta kesulitan buang air besar (sembelit). Jadi sangat baik memang untuk mengambil madu dalam kehidupan seharian kita.
Dalam Al-Quran, madu pun menjadi simbol kenikmatan syurga balasan bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa. ''(Apakah) perumpamaan (penghuni) Jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?'' (Surah: MUHAMMAD: 15)...
Sumber : http://www.republika.co.id
0 Komen:
Catat Ulasan