22 Februari 2012

SENYUM

Wanita Di Akhir Zaman [Dengarlah Wahai Wanita]



Di akhir zaman ini ada sekelompok kaum hawa yang dinamakan FEMINIS,yang tidak henti-hentinya berpromosi ‘MEMERDEKAKAN WANITA’ melaungkan bahawa susah menjadi Wanita untuk menjalankan syariat Islam..

Ini adalah antara yang mereka gambarkan terhadap diri muslimah sendiri;

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga(lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita harus meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah namun sebaliknya berlaku dizaman ini.
3. Wanita (apabila menjadi saksi) kurang,berbanding dengan laki-laki.
4. Wanita menerima warisan(harta peninggalan) lebih sedikit daripada laki-laki.
5. Wanita menghadapi kesusahan dalam mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya,sementara suaminya tidak perlu taat pun kepada isteri.
7. Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itulah sebahagian yang sering menjadi anggapan segelintir muslimah dalam kehidupan seharian. Tetapi pernahkah muslimah sekelian melihat di sebalik yang menjadi kenyataannya?

1) Benda yang mahal harganya pasti akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserakan begitu saja? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita ibarat permata yang tak terbanding nilai dan harganya di sisi Islam.

Rasulullah saw bersabda,

“Tidak seharusnya bagi lelaki yang beriman untuk meremehkan wanita yang beriman. Seandainya dia tidak menyukai satu perangainya,pasti ada dari semua perangainya yang membuat lelaki puas dan bahagia.”(HR Muslim)

2) Wanita perlu taat kepada suaminya,tetapi tahukah lelaki bahawa mereka wajib taat kepad ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya?

“Abu Hurairah r.a berkata bahawa seseorang telah datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah,siapakah orang yang berhak untuk menerima/mendapat ketaatanku(kebaktianku) yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda “Ibumu..” Kemudian dia bertanya “Lalu siapa lagi..?” Rasulullah SAW bersabda,”Kemudian ibumu..” Kemudian dia terus bertanya lagi “Lalu siapa lagi..?” Rasulullah SAW bersabda,”Kemudian Ibumu..” Dia terus bertanya lagi. “Lalu siapa lagi.?” Rasulullah SAW bersabda ,”Kemudian bapamu…”.(HR Bukhari Muslim).

3) Wanita menerima warisan(harta peninggalan) lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu akan menjadi milik peribadinya dan tidak perlu untuknya berkongsi atau diserahkan kepada suaminya. Sementara lelaki yang menerima warisan(harta peninggalan) dia perlu/wajib menggunakan harta itu untuk isteri dan anak-anaknya.

4) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah kamu wahai muslimahku, bahawa setiap saat wanita yang mengandung didoakan oleh semua makhluk,malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi ini? Dan ketahuilah muslimahku, jika dia mati ketika melahirkan anak, adalah syahid dan syurga telah menantinya..

5) Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu isterinya,ibunya,anak perempuannya dan saudara perempuannya. Bagi seorang wanita diakhirat kelak akan dipertanggungjawabkan oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya,bapanya,anak lelakinya dan saudara lelakinya..

6) Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya, cuma dengan 4 syarat saja iaitu; solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramahdan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya.

“Rasulullah SAW bersabda;”Bila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kesucian dirinya dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya,’silakan engkau masuk ke syurga dari pintu manapun yang engkau suka” (HR Ahmad dan Lainnya)

Tidakkah muslimah sekalian mengharapkan diri adalah termasuk orang-orang mukminah yang mendapatkan kebebasan masuk syurga dari pintu manapun..?

7) Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara pahala orang yang berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata pun..

Masya Allah..

Begitulah kedudukan wanita yang amat tinggi di sisi Allah SWT..

Yakinlah muslimahku.., kepada Rabb yang mencipta,yang menjadikan kita untuk memikul segala tanggungjawab samaada ia berat,ringan,susah dan senang..

Taqwa dan Tawakal kita semata-mata Hanya UntukNya yang Mengasihi kita iaitu Wanita Islam…

Subhanallah…

Allahuakbar..

5 Komen:

  1. Alhamdulillah.. bhgia mnjadi seorang muslimah :)

    BalasPadam
  2. Alhmdulillah..

    moga diperbaiki apa yg perlu..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. sungguh indah entri ini... mampu perbaiki diri hanna sendiri.. :)

    BalasPadam
  4. alhamdulllah diriku seorang wanita :)

    BalasPadam