20 Ogos 2011

SENYUM

˙•٠•●❤ LELAKI SEJATI ❤●•٠•˙

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya yang melebar dan mengharumi buana.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi daripada sikap bersahabatnya pada semua generasi.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya pukulan, tetapi daripada sikap bijaknya memahamipersoalan.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada dadanya yang bidang, tetapi daripada besarnya Qalbu untuk ummah ini.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya Sang Ibu & Isteri.

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada jumlah beban yang dipikulnya, tetapi daripada tabah & Sabarnya dia atas liku-liku mengharungi JALAN INI,

★ Lelaki sejati bukanlah dilihat daripada kerasnya membaca kitab suci, tetapi dari amal Istiqamahnya dia dlm merealisasikan apa yang ia baca....

0 Komen:

Catat Ulasan