5 Julai 2011

SENYUM

Madah Cinta

Menulis madah cinta atau puisi cinta bukannya mudah!

Ada sahaja yang cuba mengata atau mengutuk!
Ada sahaja yang tak kena!

Memang...
Didalam dunia ini ada ramai orang yang busuk hati lagi pedengki!
Ada ramai orang yang kotor hati dan jiwanya!
Ada ramai orang yang tidak tahu bekerja mencuci hatinya!
Ada ramai orang yang tidak tahu apa gunanya dan faedahnya...menulis puisi!

Kerana mereka semua adalah orang2 yang bodoh tentang perkara hati dan jiwa!
Kerana mereka semua adalah orang2 yang tidak pedulikan perkara hati dan jiwa!
Padahal ...mereka juga adalah manusia2 yang mempunyai hati dan jiwa!

Aku kata..!
Aku menulis madah cinta....kerana mahu mencuci hati jiwa ku sendiri!
Aku menulis puisi cinta...kerana mahu mengilap hati dan jiwa ku sendiri!
Aku menulis curahan hati...kerana mahu melembutkan kerasnya hatiku sendiri!

Kerana itu aku menulis....  !

1 Komen:

  1. assalamualaikum, aq nie dak bwu lg dlm blog... so minta tunjuk ajar lah ckit dri sapa2 yg sdi... hehehe... bahan2 nie pun aq dpt dri pembacaan kat blog kwan2... so sowey lah... hehehehe

    BalasPadam