mencari erti hidup…                                                             
erti hidup pada memberi..
andai engkau mampu tersenyum..
maka segala milikku untuk bersama..


mencari erti hidup..
erti hidup perlu berkorban..
andai engkau mampu gembira..
maka terubatlah lukaku ini..


mencari erti hidup..
erti hidup harus bahagia…
andai engkau mampu tertawa..
maka aku juga akan ceria…


mncari erti hidup..
erti hidup untuk berjuang..
andai engkau mampu berdiri..
maka aku akan menjadi kakimu..


mencari erti hidup..
erti hidup itu..
harus ikhlas memberi..
perlu bahagia walaupun diuji..
melebihkan orang lain dari keperluan sendri..
harus kental jiwa biar terkorban..
 

maka erti hidup itu akan bermakna..
kerana hidup ini sekejap cuma..
sama memberi jua merasa..

erti hidup itu…
berlapang dada denganNya..
Kerana hanya Dia sahaja …
Mampu membaca hati hamba-hambaNya..

tinta musafir..
kota debu perjuangan..