14 Jun 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M

0 Komen
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013MJadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M | Salam Ramadan 1434H buat semua dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan buat pengunjung blog admin yang beragama Islam. Pastinya Ramadan 1434H ini kita akan mengaktifkan kembali ibadah dan segala kebaikan di bulan baik ini. Sebelum berpuasa, kita pastinya akan mengulangkaji tentang adab-adab berpuasaniat berpuasa, dan segalanya tentang ibadah di bulan puasa. Tak ketinggalan kita juga kena tahu tips-tips menarik untuk berjimat cermat di bulan puasa. Selain kemeriahan harga buffet di hotel-hotel terkenal dan juga hotel bajet, kita juga biasanya akan disogokkan dengan juadah kuih muih lazat yang dihidangkan di bazar Ramadan. Korang mesti nak tahu juga senarai bazar ramadan di sekitar kawasan anda ya. Sekarang ini, memang banyak sekali bazar Ramadhan yang terbaru tumbuh macam cendawan di musim hujan.

Sempena menyambut Ramadan ini, penulis ingin memohon kemaafan daripada semua pembaca jika selama ini ada kesilapan dari pihak penulis. Maaf Zahir dan Batin. Ops macam nak sambut hari raya la pulak.

Antara amalan Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassallam sebelum kedatangan Ramadan adalah bersuci lahir dan batin.

PASTIKAN : Setting Niat --> Upgrade Iman --> Download sabar --> Delete Dosa --> Approve Maaf --> Search Pahala.

Seperti tahun-tahun sudah, penulis akan sediakan kepada anda semua Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H 2013M.

Berikut adalah senarai Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2014M sumber dari http://www.islam.gov.my/

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

















* Sumber: eFalak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

0 Komen
Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa | Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat sehari:


Lafaz Niat Puasa Ramadhan Setiap Hari

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:


Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Waktu Berniat


Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Doa Berbuka Puasa

Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan


Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

21 Mei 2013

Doa Menghindari Mimpi Buruk

0 Komen
Doa Menghindari Mimpi Buruk

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 


Keterangan & Petua Beramal

الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث

Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.


Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya 3xkali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .


Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

Sumber : Ust. Zahazan Mohamad ( facebook )

Doa Menghilangkan Mengantuk

1 Komen

Doa Menghilangkan Mengantuk

Assalamualikum…

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Selain itu, ayat tersebut boleh diamalkan apabila rasa mengantuk ketika belajar.

Potongan ayat tersebut berbunyi


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

14 Februari 2013

Doa Pada Saat Keluar Sperma Ketika Sedang Bersetubuh

1 Komen
Doa Pada Saat Keluar Sperma Ketika Sedang Bersetubuh

Doa Pada Saat Keluar Sperma Ketika Sedang Bersetubuh | Bersetubuh adalah hubungan paling erat antara lelaki dan wanita. Sebuah hubungan kelamin hanya boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita yang sudah sah bergelar suami isteri da terikat dengan pernikahan. Jika tidak maka itu adalah ZINA.

Dalam ikatan pernikahan pun, tindakan bersetubuh harus dilakukan sesuai dengan ajaran agama. Tentu saja anda harus mengetahui bagaimana cara bersetubuh dalam Islam dan menjalankannya. Di bawah ini admin ingin berkongsi doa pada saat keluar sperma ketika sedang bersetubuh.
Allaahummaj'al nuthfatanaa dzurriyyatan thayyibatan.
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah sperma kami (suami isteri) keturunan yang baik..

Doa Agar Tahan Bersetubuh Sehingga Ke Subuh

4 Komen
Doa Agar Tahan Bersetubuh Sehingga Ke Subuh

Doa Agar Tahan Bersetubuh Sehingga Ke Subuh | Di sini admin ingin kongsikan kepada para suami isteri yangdah berkahwin. Do ini admin kongsikan dari seorang rakan blog (Pakcikli) dan semoga dengan perkongsian ini dapatlah menyelesaikan masalah yang dialami si suami.

Masalah patah tandan (zakar tiba-tiba terkulai layu ketika sedang bersetubuh) sering dialami kebanyakkan lelaki. Masalah patah tandan adalah sangat mengecewakan sang isteri yang kehausan.

Bacalah doa di bawah sebanyak TIGA kali kepada zakar sewaktu hendak bersetubuh supaya tidak mudah patah tandan dan boleh bersetubuh sehingga ke subuh. In Shaa Allah

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

Doa Dan Adab Ketika Bersetubuh

1 Komen

Doa Dan Adab Ketika Bersetubuh

1. Bertaubat dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.

2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya : “Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.”



Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.

3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.

Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

4. Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.

5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.


Adab Melakukan Persetubuhan

- Bersedia dan dalam keadaan selesa
  • Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;- Sedang sakit yang memudaratkan- Keletihan- Kesedihan

- Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
  • Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.

- Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
  • Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.
  • Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.
  • Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.

- Bercumbu cumbuan
  • Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :
“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud : 
Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh
Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir : 
“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”
Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“ 

Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. 

Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا

Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu Maha Berkuasa

- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

- Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya …

Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

- Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).

- Bersederhana – Hubungan kelamin @ jima’ yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.

Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima’. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

- Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)