21 Mei 2013

Doa Menghindari Mimpi Buruk

0 Komen
Doa Menghindari Mimpi Buruk

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 


Keterangan & Petua Beramal

الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث

Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.


Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya 3xkali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .


Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

Sumber : Ust. Zahazan Mohamad ( facebook )

Doa Menghilangkan Mengantuk

1 Komen

Doa Menghilangkan Mengantuk

Assalamualikum…

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Selain itu, ayat tersebut boleh diamalkan apabila rasa mengantuk ketika belajar.

Potongan ayat tersebut berbunyi


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.