21 November 2011

MAKHLUK APAKAH YANG MENGHUNI BUMI SEBELUM ADAM ?

1 Komen


Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah dibangunkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rerumputan yang satu sama lain saling tumpang tindih. Pada saat itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.
Mereka memiliki jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka menempati permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, bercak-bercak, totol-totol, tuli, buta, menawan, jelek, kuat, lemah, perempuan, dan laki-laki. Satu sama lain kawin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin karena mereka samar, tidak kelihatan.
Setelah mereka menyesaki bumi dan dunia kian menyempit kerana mereka terus bertambah, bertambah pula bencana kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tersisa. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.
Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di antara mereka saling berlaku aniaya: akibatnya, mereka saling berperang. Akan tetapi, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebahagian di antara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan menyekat rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan dahaga.
Setelah tindakan kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut dengan Bin. Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tersisa.
Jin tinggal di bumi kurang lebih 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai oleh Bin. Mereka menikah satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian penuh. Sebahagian di antara mereka suka membenam ke bumi lapis ketujuh (menyusul : Penduduk Bumi Lapis Tujuh) dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang. Mereka adalah yang pertama kali menggali sumur, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membangun jambatan di atas air, menangkap ikan di laut dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang tidak berpenduduk.
Oleh kerana itu, semua binatang, baik di daratan maupun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada Allah dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah menciptakan Jan.”
Ibnu Abbas ra mengatakan, “Allah menciptakan Jn dari nyalaan api…” Beliau juga mengatakan bahwa Jan adalah golongan Jin laki-laki. Mereka memiliki jenis yang beraneka ragam. Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir; ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini layaknya seperti manusia, suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir. Dan nenek moyang mereka adalah Iblis yang dikutuk oleh Allah.
Diriwayatkan bahawa Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit dan menjadikan Jan sebagai penghuni bumi. Setelah binatang liar dan burung mengadukan perbuatan Jin dan Bin, Allah menciptakan Jan, sebagaimana telah diceritakan. Setelah Allah menciptakan Jan, maka Dia menempatkan mereka di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tersisa. Tinggallah Jan di bumi. Mereka menikah satu sama lain dan melahirkan keturunan sampai bumi ini penuh.
Selanjutnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari mereka mengganggu sebahagian lainnya. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya. Maka, ketika itu, kepada mereka Allah mengutus bala tentera malaikat. Dalam rombongan tersebut ada Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Dahulunya dia merupakan ketua malaikat. Dia bersama rombongannya mengusir Jan dari bumi. Akibatnya mereka berpindah ke gunung-gunung dan tinggal di sana dan Iblis merampas bumi dari mereka.
Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada Allah, baik di bumi mahupun di langit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia terasuki ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya, maka Zat Yang Maha Agung berfirman:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al-Baqarah [2]: 30).
Kalimat “man yufsidu fiiha” pada ayat kalimat diatas lebih tepat jika bukan diertikan sebagai “orang” tetapi akan lebih tepat jika ertikan sebagai “makhluk”.
Sehingga dari perenggan kisah yang diceritakan Ibnu Abbas r.a tadi, terungkap sudah Pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…”, maksudnya seperti makhluk-makhluk yang diceritakan terdahulu, iaitu Jin dan Bin. Sebab, mereka telah melakukan kerusakan di muka bumi dan menumpahkan darah.
Dan siapakah “manusia purba” yang fosil-fosilnya dijumpai dan diketahui berumur ratusan juta tahun lalu?

17 November 2011

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Di Akhirat Kelak

3 Komen
Assalamualaikum


Benarkah suami isteri akan kekal di Akhirat kelak?. Itu semua ketentuan Allah...

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

- Wanita seperti ini akan dikahwinkan oleh Allah Subahana Wata'ala di akhirat kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli Syurga.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wassallam bersabda " tiada si bujang di dalam Syurga" (Muslim) 

- Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

-  Wanita jenis ini juga akan di kahwinkan oleh Allah Subahana Wata'ala dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk Syurga.

- Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk Syurga sedangkan suaminya tidak masuk Syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan lelaki dari ahli syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

- Wanita ini akan berada bersama dengan suaminya di Syurga kelak sekiranya suaminya masuk Syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya..

- Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang di kahwini di dunia sekiranya suaminya masuk Syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

- Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli Syurga.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wassallam bersabda, " Wanita adalah kepunyaansuaminya yang terakhir"

14 November 2011

Doa Kepada Ibu Bapa

1 Komen
Assalamualaikum





Ya  Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan
yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku

Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

Jadikanlah itu semua penyebab
gugurnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Ya Allah
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
izinkanlah mereka memberi syafaat untukku
tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang di naungi kemulian-Mu, Ampunan-Mu serta Rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki
Kurnia Maha Agung serta anugerah yang tak berpenghujung
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih

Amiinnn Ya Robbal Alamin

  

10 November 2011

Sembilan Kelebihan Ibu Mengandung

3 Komen
Assalamualaikum



Ibu yang mengandung mempunyai banyak kelebihan. Bukankah mereka sebenarnya beruntung dan bertuah menjadi seorang wanita. Mari kita lihat apa kelebihan-kelebihan yang seorang ibu itu dapat apabila mereka mengandung :
1) 2 rakaat solat wanita yg mengandung lebih baik dari 80 solat wanita yg tak hamil
 
2) Wanita yg hamil dapat phala puasa disiang hari dan pahala ibadah dimalam hari
 
3) Wanita yg bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada uratnya, allah bagi 1 pahala haji
 
4) Wanita yg meninggal dunia dalam masa 40 hari dikira mati syahid
 
5) Wanita yg memberi minum susu badannya kepada anaknya akn dapat 1 pahala daripada tiap 1 titik susu yg diberikannya
 
6) Wanita yg beri minum susu badannya kepada anaknya yg menangis, maka allah beri 1 tahun pahala solat dan puasa
 
7) Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit akan khabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya
 
8) Seorang ibu yg menghabiskan malamnya dengan tidur yg tak selesa kerana menjaga anaknya yg sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba..
 
9) Wanita yg tak cukup tidur dimalam hari kerana menjaga anaknya yg sakit, akan diampunkan oleh allah akan seluruh dOsanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah beri 12 tahun pahala ibadah