2 Oktober 2011

SENYUM

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA

Assalamualaikum
wahai yang sedang b'couple sekalian dgrlah nasihat ini, harap ini akan memberi pengajaran buat korang dan seterusnya menginsafkan korang semua  
dah jdi mcm 'speaker' dah aQ nie erk... huhuhuhu... besalah kan hdup di zman melinium ini, b'couple sebelum kahwin tu mcm dah jdi lumrah hidup kitakan... so, bgi yng sdang syok b'couple tu meh lah baca nie sat.. harap-harap ianya dpat direnungkan bersama...huhuhuh 
Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~
 

0 Komen:

Catat Ulasan