15 September 2011

SENYUM

Aku Lafadzkan Cintaku Dalam Tafsir Kesetian

Assalamualaikum.... para sahabat Q, harap-hrap korang semua shat-shat ja... Amiinnn !!!... Sebenarnya aku enggan berkata tentang ini dan sungguh aku ingin merahsiakan hatiku ini biar aQ saja yang tau. Tapi saat ini harus ada yang ku luruskan agar kelak tak ada lagi yang bertanya kepadaku dan agar tak ada lagi keraguan dalam diriku. huhuhuhu...

Sebagai pemuda Muslim aku punya semangat untuk mempelajari setiap ilmu ini dengan sungguh-sungguh. Tapi ada saja yang mengganggu gejolak hati, tak mampu aku merahsiakannya walau lisan tak pernah terucap. Ceh, bejiwang plak aku nie. huhuhu

Cinta, apa itu cinta ? Bertahun-tahun aku berusaha mendefinisikan dan mentafsirkannya namun belum aku temukan definisi yang tepat untuk rasa ini.

Tapi satu hal nie, dari pertama kali aku jatuh cinta kepada wanita sehinggalah detik ini aku tidak pernah mengungkapkannya dengan kata-kata, walau sepatah pun.(aku nie pemalu kah ?)


Tahukah kau kenapa ?


Sebabnya bagiku cinta itu bukan di lisan maka tak harus aku ucapkan.
Bagiku cinta itu bukan di jemariku hingga tak perlu aku menyentuhmu.
Dan bagiku cinta itu bukan di mataku maka tak harus jua aku menatapmu.

Dengan cinta, aku ingin memuliakanmu, 
dengan cinta aku ingin menjaga rasa maluku dan 
dengan cinta aku ingin menjaga kehormatanmu.



Maka cinta bukanlah permainan bagiku, di balik cinta ada tanggungjawab. Di balik cinta ada kesungguhan, dan di setiap rasa cintaku, aku menjanjikan kesetiaan walaupun terpaksa aku berkorban.
 
Itulah pertama kali hatiku terjatuh ke lembah cinta, dan setiap rasa cinta itu aku selalu membuktikan arti kesetiaan walau akhirnya aku yang dikhianati. Tapi hatiku takkan pernah mati kerana selalu tersiram embun suci yang terpancar dari cahaya dzikir pada illahi.



Kesetiaan akan muncul seiring rasa cinta, dan takkan padam dihembus waktu dan takkan sirna dengan jarak yang menjurang. Tahukah engkau kenapa ?

Kerana bagiku kesetiaan adalah cermin kesabaran.
Kerana bagiku kesetiaan adalah cermin ketulusan.
Kerana bagiku kesetiaan adalah keistimewaan.

Sungguh aku sangat berhati-hati untuk mencintai dan akupun sangat berhati-hati untuk berhenti mencintai. Tahukah engkau kenapa ?

Kerana bagiku cinta adalah kesungguhan maka harus sungguh-sungguh dalam segala hal.


Cinta adalah kesabaran dan keikhlasan yang menuntut kesetiaan.

Di setiap bait cintaku, aku janjikan kesabaran.

Di setiap bait cintaku, aku janjikan kesetiaan.

Di ujung dan di setiap sendi cintaku pasti terdapat keikhlasan.

Dan sekarang aku bimbang, haruskah aku tetap mencintai dia walau aku tahu tidak ada kejelasan ?

Ataukah aku harus berhenti mencintainya yg bererti aku takkan mencintainya lagi untuk yang kedua kalinya walaupun ia berbalik hati ?


Ya Allah tangguhkanlah aku dalam cinta, seperti tangguhnya Ali dalam kesabarannya menanti cinta.

Ya Allah sucikanlah hatiku dalam cinta seperti sucinya hati Salman al-Farisy dalam keikhlasannya...

0 Komen:

Catat Ulasan