18 Ogos 2011

SENYUM

Kasih Pada Bonda

Org kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga , yg susukan aku , ibu
Bila lapar , yg suapkan aku, ibu
Bila keseorangan , yg sentiasa di samping aku , ibu
Kata ibu , perkataan pertama aku sebut , "Ma"

Bila bangun dari tidur , aku cari , ibu
Bila menangis , org pertama yg datang , ibu
Bila nak bermanja , aku dekati , ibu
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah ibu
Bila sedih , yg boleh memujuk Ku , cuma ibu

Aku selalu teringatkan ibu......

Bila sedih , aku mesti telefon ibu
Bila takut , aku mesti panggil ibu
Bila seronok , org pertama aku bagitahu , ibu
Bila sakit , org paling risau , ibu

Bila nak exam , org yg paling sibuk , ibu
Bila merajuk , yg datang pujuk Ku , ibu
Bila buat hal , yg marah aku dulu , ibu
Bila ada masalah , yg paling risau , ibu

Yg masih peluk dan cium aku sampai hari ini , ibu
Yg selalu masak makanan kegemaran aku , ibu
Yg selalu kemaskan dan simpan barang2 aku , ibu
Yg selalu berleter aku , ibu
Yg selalu puji aku , ibu
Yg selalu Nasihat aku , ibu

Bila nak kahwin
Org pertama aku tunjuk dan rujuk , ibu
Ada pasangan hidup sendiri........

Bila seronok , aku cari pasangan aku
Bila sedih , aku cari ibu
Bila berjaya , aku ceritakan pada pasangan Ku
Bila gagal , aku ceritakan Pada ibu
Bila bahagia , aku peluk erat pasangan Ku
Bila berduka , aku peluk erat pasangan Ku
Bila nak bercuti , aku bawa pasangan Ku
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut Valentine , aku hadiahkan bunga pada pasangan Ku
Bila hari ibu , aku cuma ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu....aku ingat pada pasangan Ku
Selalu....ibu ingat pada aku

Bila-bila , aku akan telefon pasangan ku
Entah bila , aku nak telefon ibu Ku
Bila-bila aku bagi hadiah untuk pasangan Ku
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk Ibu Ku

Pesan ibu dahulu....
"kalau kau dah sudah habis belajar dan bekerja,
boleh lah , kau kirim duit untuk ibu ? ibu bukan
nak banyak p0n , RM 50 sebulan pun cukup lah "
Berderai air mata Ku

Hari ini , Kalu ibu mahu RM500 sebulan p0n aku mampu
kirimkan . Tapi...... Ibu sudah tiada , aku x berkesempatan lagi .
Bukan Rm 50 , Rm 0.50 sen p0n x sempat aku , kirim kan .....
hanya termampu ,
 
AL-FATIHAH

0 Komen:

Catat Ulasan