14 Ogos 2011

SENYUM

Cerita Aku Tentang Cinta

Nak Tau Siapa Kekasihku...??? CERITA AKU TENTANG CINTA… Nak share tentang KEKASIH aku? ( aku taip huruf bsr 2,sbb aku terlampau sayang sgt kt DIA! ) Penyayang sifatnya. Betul ni….! Tak tipu punya! Pure cintalah katakan… Apa taknya, masa aku susah,mintak t...olong sajalah pd DIA., Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA- direct! Yang bestnya tu, bla aku ngadu kt DIA, terase peace aje. For surelah......KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dpt kekasih mcm ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. 
Bila-bila masa ja aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sbb mmg betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la,cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi, rugilah aku. Sebab kalau aku contact DIA, sure, mcm2 la yg aku dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...em..mmg kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je, surat-surat yang DIA bg tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bg example lg,nk suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba2 clash gitu aje! Kemudian, aku jumpa cinta yang ini…… Wow! Sejak itu, aku buang Cinta yg lain sebab aku benar-benar teruja dengan KEKASIH baru aku ni.. Korang nk tau, dia tak kisah pn, dgn cerita frust aku tu. Siap bagi semangat lagi! DIA tak jeles pun. Cuma aku je yg jeles ngn DIA. Memang ramai yg jatuh cinta dgn DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata org putih.... what u give, u get back... So, kalau aku usaha lebih, aku dapat lebih la kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. 
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam.... area pukul 3-4 pagi pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya...milionaire....bilionair​e....dan ntah apa2 naire lagi...tu yang pemurah sangat tu. Smua kperluan hidup aku, DIA yg support....caya tak? Free of charge....... Tapi aku tak sedap hati la…mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suke tak suke, amik aje la.....pastu, pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa saja....cheewwah! DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh, belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni, memang cerdik+bijak+genius etc... DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.. malu lah sebenarnya nak cakap ni.. emm... aku sbenarnya blum pernah jumpa DIA lagi pun... belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa.. sekarang ni menghitung hari la aku ni.. tapi kecut perut jugak! Takut.... !!! aku mesti prepare awal2.. daripada surat2 DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka dan apa yang dia tak suka... mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah2 sayang la kat aku, kan? X pelah.. berkorban sekarang sebab DIA dah janji siapa2 yang DIA sayang, DIA bg hadiah special yg x pernah aku terfikir pun.. isyyy!! Rindu sgt dah ni! KEKASIHKU… aku berjanji, aku akn pertahankan cinta suci ini,.. walau nyawa digalang ganti,.. menggadaikan cinta teragung ini.. tidak sama sekali.. walaupun x pernah berjumpa, aku tetap bahagia... itulah KEKASIHKU... ALLAH S.W.T ..... CINTA TERAGUNGKU!! WASSALAM... Ya Rabbi, seluruh jiwa ragaku adalah milikMU, Ya Rabbi, seluruh cinta kasihku adalah untuk Mu... Jika terpahat cintaku pada insan yg bernama kekasih, Maka Engkau tautkanlah cinta dan kasihku serta insan kekasihku pada cinta sejati MU.. Agar cinta kami, Seiring dgn CintaMu terhadap kami... ........................amin..​..............................

2 Komen:

  1. SUBHANALLAH
    dear entry bagus
    tapi boleh buat perenggan
    easy for readers

    BalasPadam