19 Julai 2011

SENYUM

Persediaan Ramadhan Bahagian Kedua

♥ღ☆ღ♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲ...ِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ღ☆ღ ♥

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Selawat serta salam kpd junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e serta mujahid mujahidah yg sentiasa mekar dari zaman berzaman dalam mendaulahkan kembali kalimah haq di atas muka bumi ini....♥

(¯`v´¯). PERSEDIAAN BHGIAN KEDUA.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´​¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

♥•Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah.."♥•

Segala pujian ke hadrat illahi kerana masih lagi mengurniakan nikmat rezekiNya yang tidak mampu dikira atau dihitung apatah lagi membalasnya, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad Ibn Abdullah yang telah lama meninggalkan kita tetapi hasil tarbiyahnya masih lagi kelihatan di dalam sebahagian umatnya, tidak lupa buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang menjadi generasi pewaris perjuangan yang mulia ini.

Bacalah dari mula dan sehingga akhirnya, janganla membaca langkah-langkah jika saudaraku nak memahami dan merasai apa yang hendak disampaikan, insya Allah , Allah permudahkan dan meniup roh Ramadhan dlm jiwa anda

♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ PERSEDIAAN KEDUA♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

Mempersediakan diri dengan ilmu dan panduan ibadah serta puasa yang sahih dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih.

Hendaklah sebelum memasuki ramadhan setiap orang kembali menyemak buku-buku atau menyoal para alim ulama akan kaedah puasa dan menjalankan ibadah yang sahih menurut pegangan salaf soleh dan ajaran Rasulullah salallahualaihiwasalam yang jauh dari bid’ah dan penambahan dan penyelewengan.

“ Bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui” (An-Nahl : 43).

Hendaklah difahami tujuan beribadah itu ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah dilakukan menurut panduan yang Allah swt berikan iaitu melalui kitab Allah dan sunnah Rasulullah serta apa yang dari para salaf soleh yang memahami isi panduan kedua ini menurut pemahaman yang sahih dan terjamin.

Sabda baginda Salallahualaihiwasalam : “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Tidaklah diterima amalan kebaikan dan amalan ibadah apabila ianya dilakukan dengan menyeleweng, menambah atau mengurang dari apa yang diajarkan oleh pembawa utusan kerasulan iaitu Muhammad salallahualaihiwasalam.

“ Barangsiapa yang mengingini pertemuan dengan tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan ibadahnya kepada tuhannya dengan sesuatu” (Al-Kahfi : 110).

Perlu betulkan keimanan, keyakinan dan ketabahan melakukan ibadah untuk Allah swt yang Maha Esa dan meninggalkan kemaksiatan demi Allah semata-mata dan menghormati bulan ini juga semata-mata kerana keimanan kepada Allah swt.

Bertanyalah pada yang arif sekiranya ada keraguan berhubung Ramadhan.Maka bersamalah kita mempersiapkan dan mempersediankan diri semoga Allah meniup Roh Ramadhan dlm diri kita, Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan2 yang lalu.

Wallahu a’lam

~Catatan ini buat saudara-saudaraku dan jua pada diri ini yg sentiasa khilaf padaNya,Akhir kata ana memohon Ampun kepada Allah..Robb yang Maha Penyayang dan Maha Pemberi Petunjuk~

Jika merasakan catatan ini baik, silala ambil untuk dijadikan renungan, jika tidak tinggalkan atau kritik dan tegurlah secara beriman, sesungguhnya yg baik itu hanya kepunyaan Allah, dan yang kurang serta buruk itu datang dari diri ana sendiri..

Kepada saudaraku di pages ini, sila sebarkan segala nota dan kelebihan yang telah kita perkatakan kepada sahabat2 yang lain smoga kita sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sebarkan moga ALLAH yg mebalas kebaikanmu..

♥*ღ☆**ღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღ☆ღ*♥*ღ☆ღ,¤¤*¨*ღ☆

(¯`v´¯)♥SALAM SYAABAN YG INDAH ♥.(¯`v´¯)
  `·.¸.·`       (´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)         `·.¸.·`
        ..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).​`•.¸.•´♥..♥♥..
         ♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸​¸.•*¨*•♥


=====>>> sumber dari rakan di facebook

0 Komen:

Catat Ulasan