10 Julai 2011

SENYUM

Apa itu senyuman?

            Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabatku, semoga korang semua sihat-sihat dan jangan lupa senyum itu penting, jadi sedekahkanlah sedikit senyumanmu itu sebab senyuman satu anugerah yang sangat berharga buat setiap orang.Owh ya, bercakap pasal senyum, saya ada beberapa input yang berguna buat sahabat- sahabat sekalian  tentang senyum nie, InsyaAllah ianya mungkin berguna buat kita nanti di lain masa. Harap-harap ianya menjadi panduanlah buat korang nanti ya. Senyuman ibarat lukisan rahsia hati, ianya tidak menyakitkan hati tetapi menjadi penawar hati yang sakit. Senyuman banyak memberi makna kepada setiap orang yang ada disisi kita.memberikan senyuman itu bukannya susah, kita hanya mengukir satu senyuman mungkin akan memberikan satu atau lebih keceriaan kepada orang yang sedang dalam kesusahan ataupun dalam keadaan sedih. Hal ini menunjukkan bahawa senyuman itu satu penawar yang sangat mujarab dan berguna.

            Senyum, betapa mudahnya hal ini dilakukan.  Hanya memerlukan sedetik untuk merubah bentuk bibir menjadi senyum dan hanya memerlukan tujuh detik mempertahankan sang senyum untuk terlihat sebagai ungkapan ketulusan hati. Tetapi kenapa hal sederhana ini jarang terlihat?  Wajah-wajah di jalan, di tempat umum, di kantin, di pejabat, bahkan di tempat wisata yang seharusnya menjadi kebun senyum, justeru terlihat muram.  Kerutan-kerutan di wajah menunjukkan betapa berat beban yang harus ditanggung wajah-wajah itu.  Banyak wajah yang daerah diantara dua matanya mengkerut, menyeramkan dan tampak garang.  Duh...
            Senyum itu sudah hilang dari wajah banyak orang.  Entah kenapa senyum – bahkan tawa – yang selalu cerah menghiasi wajah-wajah itu dari kecil, sirna begitu saja.  Sekarang, bahkan bukan hanya wajah-wajah tua dan dewasa yang telah kehilangan senyum manis, wajah para remaja dan anak-anak pun telah menular kerutan-kerutan penuh beban itu. Senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari Tuhan Yang Maha Indah.  Tuhan sengaja menganugerahkan  senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia.  Sayang, anugerah indah ini tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia.  Dunia akan jauh lebih indah bila penduduknya gemar tersenyum.
         Hidup dan kehidupan manusia pun akan lebih indah dan menenteramkan bila kita menemui banyak senyum di sekeliling kita.  Terutama sang senyum dari wajah kita sendiri.  Bukankah sangat enak bila kita menerima senyum?  Dan bukankah jauh lebih enak bila kita lah yang memberi senyum?
            Saudara, senyum yang sederhana, mudah dan percuma itu ternyata menyimpan banyak keajaiban.  Setidaknya dari berbagai pengalaman dalam hidup saya.  Yuppp, dalam hidup saya, saya menemui banyak keajaiban.  Bentuknya macam-macam, ada  kemudahan, kesihatan, kekayaan, kebaikan, solusi dan sebagainya dari sebuah senyuman.

             Dalam fisiologi, senyum adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang. Senyum itu datang dari rasa kebahagian atau kesengajaan karena adanya sesuatu yang membuat dia senyum, Seseorang sendiri kalau senyum umumnya bertambah baik raut wajahnya atau menjadi lebih cantik ketimbang ketika dia biasa saja atau ketika dia marah. Selain itu juga senyuman boleh dikategoriakan kepada senyuman pagi, senyum ini terukir mengelopak secara sepontan diwaktu pagi, tak kiralah sorang-sorang ke atau berteman. Senyum nie akan membuat pagi kita lebih ceria, lebih bersemangat lebih-lebih lagi sebelum nak pegi kerja. Dengan senyuman ini akan membuat suasana pagi anda lebih bermakna.


Senyuman tengahari, senyum ni akan terpancar bila waktu kita hendak pergi makan. Bila dalam keadaan sebegini kita akan makan dan  terasa kenyang sampai ke petang dan kita akan dapat menikmati hidangan dengan lebih sempurna. Bila perut dah kenyang nak buat kerja senang dan hati pun senang.


Senyuman petang, senyuman dibibir terbit bila mana segala urusan telah selesai. Hati gembira dipetang hari kerana semua kerja telah selesai. Tidak perlu hendak terkejar-kejar untuk meneruskan kerja. Satu lagi senyuman petang ni memberi impak yang baik bila kita balik. Bila terjadinya senyuman ini anak-anak,isteri akan lebih ceria bila menyambut ketibaan kita maka secara semulajadinya keadaan dirumah akan mengambarkan suasana mesra . Senyuman malam, senyuman menguntum dimalam hari,istimewa buat yang sudah beristeri. Bila senyum masing-masing tahu niat dihati. Dengan senyuman ini akan menambah dan mengeratkan hubungan masing-masing. Anda pasti tersenyum hingga ke pagi…

 

Senyum kambing, senyuman ini takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati..hanya sekadar untuk hiburan agar anda tesenyum melihat wajah kambing yang tersenyum…(sila abaikan yang ni tiada kena mengena dengan tajuk diatas sekadar gambar..hehehe)
            Menurut kajian sains pula, Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
           Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

          Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

          Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

          Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
          Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

            Senyum dalam ajaran Islam bernilai ibadah. Seulas senyuman yang disunggingkan kepada seseorang setara dengan nilai bersedekah. Dai wahdah Islamiyah, Qasim Saguni, mengatakan pengertian sedekah tidak terbatas hanya pada kebendaan saja. Senyum merupakan sedekah yang paling mudah tetapi juga bisa menjadi sangat sulit diberikan oleh seseorang. Pada dasarnya, semua orang bisa tersenyum dengan siapa saja. Namun, kadang kerana ketidakseimbangan fisikal  mahupun mental membuat sebahagian orang sukar untuk tersenyum. Senyuman itu dapat menggambarkan suasana hati seseorang.

             “Senyuman yang tulus dari seseorang memberikan refleksi kejiwaan positif kepada orang lain. Seorang muslim selalu diajarkan agar memiliki sifat lapang dada dan senantiasa terbuka menebarkan senyuman kepada orang lain,”kata Qasim, Kamis, 3 September. Lebih jauh tentang makna senyuman, seorang muslim yang tersenyum saja sama telah menebarkan kegembiraan dan kasih sayang melalui senyumannya. Sejalan dengan misi Islam menebarkan keceriaan di muka bumi ini.

               Nabi Muhammad s.a.w., telah memelopori pentingnya senyuman agar memberikan rasa tenang kepada orang lain. Rasulullah pernah memotivasi para sahabatnya tentang makna senyuman itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”. Senyuman kini telah dikembangkan menjadi sebuah terapi yang menyejukkan diri sendiri dan orang lain. Dunia bisnes, juga mengajarkan senyuman yang memikat orang lain. Senyuman dapat mempengaruhi penampilan seseorang sehingga orang merasa lebih dihargai dan terlayani. Sungguh luar biasa ajaran Islam yang meletakkan  dasar akhlakul karimah. Senyum dan nilai sebuah senyuman selalunya ada tersirat berbanding yang tersurat. Jadi, senyum ni tak bolehlah main suka-suka je digunakan. Dari segi hukum pula senyum terbahagi kepada;

  1. Sunat senyum : Bila senyum kat kawan-kawan sesama jantina,
  2. Wajib senyum : Bila senyum kepada ibu bapa,
  3. Makruh senyum : Senyum sorang-sorang (ahaha... berangan kah? kantoi..!)
  4. Haram senyum : Senyuman kat kawan-kawan yang berlainan jantina,
  5. Harus senyum : Senyum kat atas pertolongan yang telah diberikan, in this case tak kesahlah laki kah atau pompuan.               
                                
..tapi lepas ni jangan lah jadi manusia zombi taknak senyum pulak, cuma senyum ikut tempat dan bersesuaian hukum, ok?

          Terakhir sekali, saya adalah seorang yang suka bergurau senda dan sering ketawa berdekah-dekah. Namun kadang-kadang terasa malu dengan tuhan di kala saya sedang bergelak tawa saya juga masih menanggung banyak dosa. Kenapa tidak saya gunakan masa hidup dan masa terluang yang digunakan untuk bergelak tawa itu sebagai waktu untuk bertaubat?

            Sebabnya kesedaran itu hilang apabila diri ini terlalu leka bergurau senda dan bergelak tawa seolah-olah tiada sebarang kekesalan dalam diri terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Lantaran itu terlintas dihati ini untuk mengetahui cara bergelak tawa menurut ajaran Islam. Marilah sama-sama mendalami ilmu ini. Semoga Allah menempatkan kita dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah…

Ketawa berdekah-dekah
Dari : Riwayat Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan  sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah,  mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

           Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh… . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

             Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”
Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik.

Sumbe ilmu: http://tok-ayoh.blogspot.com/2004/07/ketawa-dalam-islam.html & http://rezka.multiply.com/journal/item/32

Wallahualam......

0 Komen:

Catat Ulasan