14 Januari 2012

SENYUM

Fakta Kemukjizatan Lebah Dan Madu Dalam Al-Quran Bahagian 3 (Tamat)

Assalamualaikum...


Khasiat Madu dalam Kajian Perubatan:

* Mengubati sakit kulit

Madu berkhasiat mengubati sakit kulit seperti ruam dan bisul. Cara pengubatannya pun tersangatlah mudah. Madu yang cair dipanaskan sehingga menjadi adunan perisian menjadi lem atau gam lebah. Setelah itu, lem lebah dilipat dan diletakkan di atas kulit yang terluka dan dibalut dengan kain tipis. Sehingga kulit yang terluka itu menjadi kering dan jatuh.


Dalam ensiklopedia / / kemukjizatan Kejadian Haiwan / / karya DR Magdy Shehab diungkapkan, pada 1965 Moltarnog berjaya mengubati orang-orang yang terkena radang kulit dengan menggunakan campuran cecair alkohol suhu 85 darjah dengan lem lebah.


Selain itu, G Mikhmediarof juga berjaya menyembuhkan pesakitnya yang terkena radang kulit saraf atau eksim kronik dengan ubat gosok lem lebah. Sementara itu, P Ityasof mampu mengubati luka bakar dengan lem lebah. Dengan komposisinya yang menakjubkan. Lem lebah ini sangat luar biasa khasiatnya. Lem lebah boleh membunuh kuman dan mengaktifkan zat untuk memperbanyak sel kulit.


* Mengubati sakit mulut


Seorang doktor gigi yang terkemuka, F Romanoff, menyatakan bahawa lem lebah dengan kadar dua hingga empat peratus boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit akibat sariawan mahupun luka bernanah di dalam mulut. Cecair lem lebah yang dicampur dengan perasa tanaman lidah buaya juga sangat baik untuk mengubati sariawan.


Campuran lem lebah dan sari lidah buaya ini juga baik untuk mengubati luka bernanah pada selaput mulut. Untuk menyembuhkan radang di sekitar gigi, diperlukan cecair lem lebah sebanyak 20 titis dengan campuran alkohol 15 hingga 20 peratus, lalu direbus sehingga mendidih.


Kemudian cecair tersebut disejukkan dalam suhu bilik selama satu hingga dua hari. Baru setelah itu, cecair tersebut digunakan untuk berkumur-kumur bagi pesakit radang di sekitar gigi tersebut.


Dr Agard, seorang doktor dari Denmark telah melakukan kajian terhadap pesakit-pesakitnya yang terkena radang tekak. Dia meminta kepada pesakitnya untuk berkumur dengan madu yang telah dicairkan sebanyak dua hingga tiga kali dalam satu hari. Selain itu, pesakit radang tekak juga diminta untuk meminum madu. Hal ini perlu dilakukan mengingati madu boleh meningkatkan kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit.


* Mengubati penyakit wanita


Institut Perubatan Algerm telah mempraktikkan penggunaan lem lebah untuk mengubati berbagai macam penyakit wanita seperti radang serviks, radang faraj, mahupun luka nanah leher rahim.


Menurut Institut tersebut, wanita yang mengalami sakit radang serviks mahupun radang faraj perlu dibersihkan terlebih dahulu kemaluannya dari pelbagai macam kotoran. Setelah bersih, kain tipis yang bersih disapu dengan ubat gosok lem lebah. Lalu kain tersebut diletakkan di tempat yang radang tersebut. Maka penyakitnya akan pulih selepas 12 jam.


* Mengubati sakit pernafasan


Seorang doktor bernama Urich telah mengubati berbagai macam penyakit pernafasan seperti penyakit paru-paru, radang hidung, selsema, mahupun radang saluran pernafasan dengan menggunakan lem lebah.


Cara pengubatannya, 60 gram lem lebah dan 40 gram intisari madu diletakkan di sebuah bekas alumunium dengan kapasiti 300 hingga 400 ml. Lalu bekas yang mengandungi lem lebah dan intisari madu tersebut diletakkan di dalam bekas stainless berisi air mendidih.


Pada saat proses inilah, zat-zat aktif fetonsedat dalam lem lebah akan memanas dan menguap bersama air. Wap inilah yang harus dihisap oleh para pesakit penyakit saluran pernafasan sebanyak dua kali sehari sampai pesakit sembuh dari penyakit yang dideritanya.


* Penyakit mata


Dr Mosahrankof berjaya mengubati penyakit mata dengan menyuntik cecair madu sebanyak 0.3 hingga 1 peratus ke dalam beg konjungtiva (selaput pada pelupuk mata). Setelah itu, pesakit yang berpenyakit mata akan mengalami penurunan rasa sakit pada matanya. Selain itu, pening yang dialami pesakit penyakit mata juga berkurang hingga sembuh.


* Mengubati sakit pencernaan


Dr Gorpateno melakukan rawatan terhadap para pesakitnya yang mengalami luka di usus. Dia memberikan 50 hingga 60 titis cecair madu satu setengah jam sebelum pesakit tersebut makan sebanyak tiga kali sehari. Masa penyembuhan itu berlangusng dalam jangka masa tiga hingga empat minggu.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada penambahan lagi bolehlah berkongsi bersama-sama dengan semua orang di ruangan komen. Jika ada kekurangan atau kesilapan harap maaf kerana ilmu yang ana miliki terhad dan terbatas dan semoga anda dapat perbetulkan. Wassalam.....

1 Komen:

  1. Mungkin boleh dimasukkan juga entri sengat lebah yg membunuh virus hiv

    BalasPadam